Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli Persatuan Ketua Kaum Dayak di Ngemah digesa aktif anjur program

-

Ahli Persatuan Ketua Kaum Dayak di kawasan Ngemah diseru agar terus aktif melaksanak­an program yang memberi impak positif kepada kawasan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Anyi Jana berkata, ketua kaum perlu sering berhubung dengan agensi kerajaan dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat untuk mendapatka­n maklumat terkini.

“Banyak maklumat terkini khasnya tentang bantuan yang ada disediakan, projek yang boleh disalurkan dan perancanga­n pembanguna­n yang perlu diketahui oleh para penduduk,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Tadong Tambi, Sungai Pedai di sini, barubaru ini.

Menurutnya, ketua kaum hendaklah tahu peranan mereka dalam pentadbira­n di peringkat kampung.

Jelasnya lagi, pentadbira­n yang licin di peringkat kampung pastinya memerlukan

seorang ketua yang aktif dan dapat menguruska­n pentadbira­n secara tersusun di samping mempunyai hubungan yang baik dengan agensi kerajaan khasnya Pejabat Daerah.

Dalam pada itu, Anyi juga menerangka­n tentang program pihak Unit Keselamata­n dan Penguatkua­saan Sarawak (UKPS) dan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) di kawasan DUN Ngemah.

“Program tersebut adalah bagi mengatasi isu ketiadaan dokumen pengenalan diri yang sah dan saya berharap program

UKPS dan JPN ini dapat memberi manfaat kepada penduduk di Ngemah,” ujarnya.

Pada kemuncak majlis, Anyi telah meluluskan geran MRP berjumlah RM14,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Tadong dan RM3,000 kepada Biro Wanita Rumah Tadong bagi kegunaan pelaksanaa­n aktiviti tahunan mereka.

Hadir sama ialah Pemanca Charlie Salang, Penghulu Lembat Atau, Penghulu Dunstan Mandau dan tetamu yang lain.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Anyi (duduk, enam kanan) merakamkan kenangan dengan ahli Persatuan Ketua Kaum Dayak kawasan Ngemah pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Tadong, barubaru ini.
UNTUK ALBUM: Anyi (duduk, enam kanan) merakamkan kenangan dengan ahli Persatuan Ketua Kaum Dayak kawasan Ngemah pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Tadong, barubaru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia