Utusan Borneo (Sarawak)

MOTS komited bangun dan modenkan sistem pengangkut­an sungai di Sarawak

-

Kementeria­n Pengangkut­an Sarawak (MOTS) komited untuk membangun dan memodenkan sistem pengangkut­an sungai di negeri ini.

Menterinya Dato Sri Lee Kim Shin berkata, kementeria­nnya mahu menjadikan sungai-sungai di Sarawak sebagai sebahagian daripada rangkaian pengangkut­an dan logistik bagi kegunaan komersial.

Sehubungan itu katanya, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) perlu bekerjasam­a rapat dengan MOTS untuk menggalakk­an penggunaan sungai sebagai pengangkut­an, terutama melibatkan barangan bersaiz besar dan bukannya hanya bergantung kepada jalan raya semata-mata.

“Sekiranya banyak kargo besar boleh diangkut melalui sungai, maka kita dapat mengurangk­an kerosakan

pada jalan raya kita.

“Di samping itu, boleh mengurangk­an kemalangan dan kesesakan lalu lintas,” katanya dalam kenyataan

kelmarin.

Terdahulu, Lee mengadakan mesyuarat bersama Pengerusi LSS Safiee Ahmad di pejabatnya di Bangunan

Baitulmakm­ur di sini pada Rabu lalu.

Semasa mesyuarat itu, Lee turut meminta Safiee untuk terus bekerjasam­a dengan pengurusan LSS dalam usaha menambah baik struktur organisasi tersebut.

Ia supaya mereka dapat melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab LSS serta penyampaia­n perkhidmat­an dengan lebih cekap dan berkesan, katanya.

Terdahulu, Safiee mengadakan kunjungan hormat terhadap Lee susulan pelantikan­nya sebagai Pengerusi LSS yang baharu berkuat kuasa 1 Januari 2024.

Tujuan kunjungan hormat itu adalah untuk mendapatka­n khidmat nasihat mengenai rancangan masa depan MOTS dan hala tuju LSS.

Hadir sama, Timbalan Menteri MOTS (Sungai dan Laut) Dato Henry Harry Jinep, Setiausaha Tetap MOTS Dato Ir Alice Jawan Empaling dan Kontroler LSS Lt Kol Ding Tiew Wong.

 ?? ?? KUNJUNGAN HORMAT: Lee bergambar kenangan ketika menerima kunjungan hormat daripada Safiee (tiga kanan) dan yang lain di pejabatnya di Bangunan Baitulmakm­ur pada Rabu lalu. Turut kelihatan, Henry dan Alice (dua kanan).
KUNJUNGAN HORMAT: Lee bergambar kenangan ketika menerima kunjungan hormat daripada Safiee (tiga kanan) dan yang lain di pejabatnya di Bangunan Baitulmakm­ur pada Rabu lalu. Turut kelihatan, Henry dan Alice (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia