Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga bazar Ramadan diseru guna pembayaran digital

Langkah itu penting sejajar dengan usaha kerajaan negeri untuk memantapka­n ekonomi digital di Sarawak, kata Len

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Pengusaha dan peniaga di bazar Ramadan diseru agar menggunaka­n kaedah pembayaran atau pemasaran secara digital untuk aktiviti urus niaga mereka.

Timbalan Menteri Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh berkata, langkah itu penting sejajar dengan usaha kerajaan negeri untuk memantapka­n ekonomi digital di negeri ini.

“Kita amat berharap para peniaga dan pengusaha gerai jualan di bazar ini dapat bersama-sama dengan kerajaan negeri dalam menyahut seruan dan merealisas­ikan impian ini untuk merangsang pembanguna­n ekonomi Sarawak.

“Konsep perniagaan seumpama ini adalah lebih global dan ia dilihat mampu memberi impak positif kepada pembanguna­n ekonomi dan perniagaan.

“Kita mahu para peniaga dan pengusaha gerai di bazar ini berjinak-jinak dengan sistem ini dan menjadikan peluang perniagaan ini sebagai platform ke arah pemahaman dan penguasaan perniagaan secara digital, sama ada dalam konsep pembayaran mahupun pemasaran,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada majlis perasmian Bazar Ramadan Sarikei di pekarangan Dewan Sentral Sarikei di sini, petang kelmarin.

Sebanyak 213 gerai dibuka di tapak utama bazar Ramadan itu.

Len yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata, aktiviti seumpama ini turut memberi peluang kepada para peniaga setempat untuk menambah pendapatan.

Pada masa sama , beliau menyeru para peniaga agar mengutamak­an kebersihan

dan memastikan produk makanan serta minuman yang mereka jual sentiasa

segar dan bersih.

“Kebersihan produk jualan yang berkualiti dan harga yang berpatutan wajar menjadi panduan dan pegangan utama para peniaga yang mencari rezeki di bazar Ramadan.

“Elemen ini penting dalam kita mencari rezeki yang halal terutama di bulan yang mulia ini kerana dalam kita menambah pendapatan ia juga merupakan sebahagian daripada amal ibadat yang dituntut agama yang mengutamak­an konsep kejujuran.

“Pegangan terhadap elemen ini penting jika kita inginkan perniagaan kita maju dan sentiasa dikunjungi oleh pelanggan.

“Seperti yang kita sedia maklum bazar ini bukan dikunjungi oleh masyarakat Islam tetapi turut menjadi tarikan kepada kaum lain seperti Iban, Cina, Bidayuh dan lain-lain.

“Oleh itu penjagaan kebersihan dan konsep perniagaan yang jujur perlu diterap dan diamalkan,” ujarnya.

“Konsep perniagaan seumpama ini adalah lebih global dan ia dilihat mampu memberi impak positif kepada pembanguna­n ekonomi dan ” perniagaan. Datuk Len Talif Salleh Timbalan Menteri Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar

 ?? ?? UTAMAKAN KEBERSIHAN: Len memasang apron kepada seorang peniaga di Bazar Ramadan Sarikei kelmarin.
UTAMAKAN KEBERSIHAN: Len memasang apron kepada seorang peniaga di Bazar Ramadan Sarikei kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia