Utusan Borneo (Sarawak)

Konsep pertanian moden lebih produktif dan lumayan: Friday

Ia turut meningkatk­an hasil dan mempermuda­h kerja-kerja bertani

- Oleh Kepu Sidi

SARATOK: Komuniti tani digalak beralih kepada konsep pertanian moden yang lebih produktif dan mampu memberikan pendapatan yang lebih lumayan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian Friday Belik berkata, konsep pertanian moden juga meningkatk­an hasil dan mempermuda­hkan kerja-kerja bertani.

“Jika kita ingin mengusahak­an pertanian berskala lebih besar dan secara domestik, konsep pertanian moden ini mampu mengurangk­an kita kepada penggunaan tenaga kerja yang ramai.

“Konsep pertanian secara moden ini lebih banyak bergantung kepada mesinmesin serta teknologi moden dalam urusan kerja dan ia lebih mudah jika kita mampu menguasai bidang ini.

“Oleh yang demikian, kerajaan sentiasa mengalu-alukan dan menggalak golongan tani di negeri ini menggunaka­n konsep pertanian moden kerana mampu melonjakka­n sumber pendapatan mereka jika ia diuruskan dengan sistematik dan terancang,”

ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Agricultur­e Community Outreach Programme (AgriCOP) di Rumah Kunjan, Bila Dua, Kabo kelmarin.

Program itu dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Sarawak dan turut disertai oleh beberapa agnesi kerajaan lain.

Menurut Friday, Agensi Pembanguna­n Bahagian Betong (BDDA) turut menyediaka­n peruntukan khas untuk merealisas­ikan impian

merancakka­n lagi aktiviti pertanian di kawasan ini.

“Bagi memajukan sektor pertanian di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian ini, BDDA telah mengagihka­n peruntukan berjumlah RM4 juta.

“Justeru, bagi komuniti tani yang berminat dengan sektor pertanian moden dan berskala besar, mereka dialualuka­n untuk berjumpa dengan pihak kita untuk merebut peluang yang ada ini untuk memajukan diri.

“Perkara paling penting itu ialah kesungguha­n, keazaman, keyakinan diri, tapak dan rancangan itu perlu ada, bagi memastikan perkara yang dirancang itu akan menjadi kenyataan dan kejayaan itu bakal dinikmati,” tegas Friday.

Pada majlis yang sama, Friday turut menyampaik­an geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM15,000 kepada JKKK Rumah Kunjan dan RM8,000 kepada Biro Wanitanya.

“Konsep pertanian secara moden ini lebih banyak bergantung kepada mesinmesin serta teknologi moden dalam urusan kerja dan ia lebih mudah jika kita mampu menguasai bidang ini.

Friday Belik ADUN Krian

 ?? ?? KELESTARIA­N ALAM: Friday (tiga kiri) meluangkan masa melepaskan anak ikan di Sungai Tekurap, Bila Dua, Kabo pada program di Rumah Kunjan kelmarin.
KELESTARIA­N ALAM: Friday (tiga kiri) meluangkan masa melepaskan anak ikan di Sungai Tekurap, Bila Dua, Kabo pada program di Rumah Kunjan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia