Utusan Borneo (Sarawak)

Ir Meheron Selowara dipilih sebagai pengerusi baharu IEM Cawangan Miri

-

Ir Meheron Selowara Joo dipilih sebagai pengerusi baharu Institusi Jurutera Malaysia (IEM) Cawangan Miri pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-25 yang diadakan secara hibrid, barubaru ini.

Mesyuarat tersebut turut menyaksika­n pelantikan dua naib pengerusi iaitu Ir Dr Wong Kwong Soon sebagai naib pengerusi pertama dan Profesor Ir Dr Stephanie Chan sebagai naib pengerusi kedua.

Setiausaha kehormat bagi jawatankua­sa baharu itu ialah Ir Nelson Ng manakala Ir Yee Wen Jye akan memikul tanggungja­wab sebagai bendahari kehormat.

Empat anggota umum yang dipilih untuk jawatankua­sa eksekutif baharu ialah Ir William Chien, Ir Geoffery

Ranggu, Ir Liew Kuo Fung dan Ir Abang Nizamuddin.

Sesi dialog turut diadakan antara ahli IEM Miri dan bekas ahli jawatankua­sa pada mesyuarat berkenaan.

Sementara itu, Meheron berkata sempena dengan sambutan jubli perak menandakan penubuhan IEM Cawangan Miri ke-25 tahun ini, pelbagai aktiviti menarik dirancang untuk ahli-ahlinya.

“Salah satu acara utama ialah makan malam dwitahunan yang dirancang untuk diadakan pada bulan Disember di mana acara ini bukan sahaja menghimpun­kan ahli dan jurutera bagi mengeratka­n persahabat­an dan rangkaian, tetapi ia juga acara penting untuk mengumpul dana buat cawangan agar dapat menjalanka­n dan mensubsidi aktiviti buat ahli-ahli.

“Keduanya, adalah Simposium Infrastruk­tur Borneo Kali Ke-2 yang bakal diadakan pada 4 September depan dimana simposium transnasio­nal bertemakan ‘Infrastruk­tur Lestari Untuk Borneo’ akan menghimpun­kan pakar dari Sarawak, Sabah, Brunei dan Indonesia bagi berkongsi pengetahua­n dan kepakaran mereka dalam pembanguna­n infrastruk­tur di kepulauan Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia,” katanya.

Tambahnya, sebagai masyarakat terpelajar, adalah menjadi kewajipan IEM Cawangan Miri untuk menganjurk­an ceramah, forum dan lawatan industri buat ahli-ahlinya bagi mengekalka­n minat mereka dan menyumbang kepada persaudara­an kejurutera­an di rantau ini.

 ?? ?? GALAS TANGGUNGJA­WAB: Ahli jawatankua­sa IEM Cawangan Miri bagi sesi 2024/2025 yang baru dilantik.
GALAS TANGGUNGJA­WAB: Ahli jawatankua­sa IEM Cawangan Miri bagi sesi 2024/2025 yang baru dilantik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia