Utusan Borneo (Sarawak)

Aisha Confinemen­t Centre mahu buka cawangan baharu di Petra Jaya: Rodziah

-

Pengurusan Aisha Confinemen­t Centre menyatakan hasrat untuk menubuhkan sebuah lagi pusat berpantang yang mempunyai pensijilan halal bagi golongan ibu selepas bersalin di Petra Jaya.

Perkara tersebut didedahkan oleh Pengarah Urusan Aisha Confinemen­t Centre Datuk Rodziah Morshidi pada majlis perasmian pusat berkenaan di Jalan Luis, Kempas Heights di sini, semalam.

“Kita mahu buka satu lagi di Petra Jaya pada masa hadapan untuk komuniti Islam di sana tetapi ia banyak bergantung dengan prestasi yang berlaku di sini terlebih dahulu,” ujarnya.

Beliau sebelum ini turut menyatakan keinginan pihaknya untuk membuka cawangan yang pertama di Petra Jaya tetapi tidak menemui lokasi bersesuaia­n.

Justeru, menerusi perbin

cangannya bersama Pengarah Aisha Confinemen­t Centre Yek Chu Tiing dan beberapa pihak berkepenti­ngan, mereka telah bersetuju untuk menggunaka­n Tulip MaMa House Cawangan Kempas Heights.

Pensijilan halal Aisha Confinemen­t Centre telah diperolehi sejak November 2023 dan memfokuska­n kepada kebersihan dan kesihatan ibu berpantang dan bayi yang dilahirkan.

Rodziah turut menggesa sekiranyaP­rogramMama­Care di bawah Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) diteruskan di seluruh negara.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak Datuk Rosey Yunus percaya sistem sokongan yang disediakan oleh pusat berkenaan dapat membantu mensejahte­rakan seorang ibu.

“Kerajaan tidak mampu untuk membiayai kesemua keperluan yang diperlukan oleh setiap lapisan masyarakat.

“Justeru, Aisha Confinemen­t Centre menjadi sistem sokongan kepada inisiatif kekeluarga­an ini,” tambahnya.

Ujar beliau adalah penting untuk seorang wanita atau ibu untuk pulih sepanjang tempoh berpantang untuk menjaga kesejahter­aan keseluruha­n keluargany­a.

“Dengan adanya sistem sokongan seperti ini, kita pasti ibu tersebut akan dijaga sepenuhnya dengan makanan dan diet yang cukup. Maknanya ibu boleh berehat.

“Bila ibu sihat, seluruh keluargany­a juga sihat. Ini apa yang kita mahu.

“Pada masa yang sama, bukan senang untuk mencari pembantu rumah hari ini,” tegasnya sambil menyatakan ramai golongan nenek hari ini masih di tahap produktif dan keluar bekerja.

Tambahan pula katanya, kerajaan negeri turut menyediaka­n Bantuan Ibu Bersalin (BIB) berjumlah RM450 yang perlu dituntut dalam tempoh tiga bulan selepas bersalin.

“Juga Endowment Fund Sarawak (EFS) berjumlah RM1,000 perlu dituntut oleh ibu dan bapa untuk bayi mereka dalam tempoh satu tahun selepas bersalin,” ujarnya.

 ?? ?? RASMI: Rosey (tiga kanan) memotong reben sebagai simbolik perasmian Aisha Confinemen­t Centre di Jalan Luis, Kempas Heights semalam. Turut kelihatan, Rodziah (lima kiri) serta yang lain.
RASMI: Rosey (tiga kanan) memotong reben sebagai simbolik perasmian Aisha Confinemen­t Centre di Jalan Luis, Kempas Heights semalam. Turut kelihatan, Rodziah (lima kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia