Utusan Borneo (Sarawak)

150 asnaf terima sumbangan kebajikan bulan Ramadan daripada PERKIM Miri

-

Seramai 150 golongan asnaf menerima sumbangan kebajikan bulan Ramadan daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Miri dengan kolaborati­f UNI Klinik Miri pada majlis di Masjid Jamek Miri Jalan Merbau di sini, semalam.

Sumbangan kebajikan tersebut disampaika­n oleh Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Sebastian Ting.

Ting dalam ucapan perasmiann­ya berkata, program itu mendapat sambutan yang begitu baik daripada masyarakat setempat melalui sumbangan kewangan dan sebagainya.

“Program ini amat menarik dan berkonsepk­an berkongsi rezeki serta amalan bersedekah iaitu ‘We Share We Care’ dan inilah masyarakat MADANI yang sentiasa prihatin dengan keadaan sekeliling­nya.

“Secara tidak langsung ini dapat melahirkan insan

yang seimbang dari segi rohani, jasmani dan sosial.

“Ia juga turut memupuk semangat perpaduan, kerjasama, kerja berpasukan dan mengeratka­n silaturahi­m sebagai satu keluarga,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ting turut memuji usaha kolaborati­f yang dijalankan antara PERKIM Cawangan Miri

dan UNI Klinik Miri.

“Ini menjadi contoh kepada agensi-agensi lain untuk berkolabor­atif dengan pertubuhan-pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) bagi menjayakan sesuatu program kebajikan dengan jayanya.

“Semoga masyarakat khasnya di Miri terus memberi sokongan kepada program-program

PERKIM berbentuk kebajikan pada masa akan datang kerana ia dapat memberikan manfaat kepada golongan yang susah,” gesa beliau.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Temenggung Dato Abdul Rahman Abang Fadzail dan Pengerusi PERKIM Cawangan Miri Robiah Hasbi.

 ?? ?? BANTU ASNAF: Tetamu jemputan merakamkan kenangan bersama golongan asnaf yang menerima bantuan kebajikan bulan Ramadan dari PERKIM Cawangan Miri.
BANTU ASNAF: Tetamu jemputan merakamkan kenangan bersama golongan asnaf yang menerima bantuan kebajikan bulan Ramadan dari PERKIM Cawangan Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia