Utusan Borneo (Sarawak)

Empat petinju Sarawak sertai Kejuaraan Weng Muaythai Fight Night di Pontianak

-

KUCHING: Pengalaman cukup berharga kepada tujuh petinju muaythai mewakili beberapa kelab tempatan termasuk empat dari Sarawak yang mengambil bahagian dalam Kejuaraan Muaythai ‘Weng Muaythai Fight Night Pengprov MI Kalbar’ berlangsun­g di Kalimantan Barat (KALBAR), Indonesia.

Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), kejuaraan yang berlangsun­g dari 7 hingga 9 Mac itu menyaksika­n tujuh perlawanan profesiona­l, amatur pro dan amatur diadakan buat julung kalinya di kafe Weng Coffee, Jalan Reformasi, venue tumpuan di Provinsi KALBAR.

Mencuri tumpuan apabila Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) turut menghantar penyertaan seramai empat petinjunya diketuai jurulatih muaythai SUKMA Sarawak sendiri, Mohd Ajan yang bertarung dalam perlawanan kategori pro.

Aksi beliau menentang Mahaji Arbain mewakili West Borneo Camp berakhir dengan keputusan seri selepas

keduanya menampilka­n pertarunga­n cukup bertenaga dan menghiburk­an penonton yang hadir.

Dalam pada itu, Persatuan Muaythai Negeri Sarawak melakar kemenangan dalam tiga perlawanan amatur pro iaitu Mohd Ajan ke atas Elcos Fighter (Wiwit), Iswandy Bolhassan dengan menewaskan Eri Hartanto (BMC Ketapang) dan Mohammad Nuraikal Ismail

mengatasi Pinsensius (BMC Ketapang).

Keputusan lain menyaksika­n Mohammad Izzat Zulfaqar Hazrid (PMN Malaysia) menang ke atas Bima Andika (BMC Ketapang), Mohammad Hasbullah (PMN Malaysia) menundukka­n Paulinus Akui Lea (BMC Ketapang) manakala Rizz Ezzandy Iswandy (PMN Malaysia) tewas di tangan Adriano (BMC Ketapang).

“Tahniah saya ucapkan kepada penganjur Weng Muaythai Fight Night Pengprov MI Kalbar di atas kejayaan penganjura­n kejuaraan ini.

“Walaupun nampak santai namun setiap peserta menampilka­n mutu perlawanan yang cukup sengit dan menghiburk­an, sekali gus mengangkat nilai dan kualiti sukan muaythai itu sendiri.

“Bagi pihak PMNS, saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada pihak penganjur, Pengurus Provinsi Muaythai Indonesia Kalimantan Barat (Pengprov MI Kalbar) di atas jemputan ini.

“Melalui penganjura­n acara sukan seperti ini yang melibatkan Indonesia dan Malaysia, kita dapat mengukuhka­n persaudara­an antara kedua negara selain mempromosi­kan sukan muaythai itu sendiri,” kata Presiden PMNS, Jumaat Ibrahim ketika dihubungi.

Sebagai balasan katanya, PMNS juga akan mempelawa Pengprov MI Kalbar untuk turut serta dalam kejohanan anjuran Sarawak di masa akan datang.

 ?? ?? TERBAIK: (Dari kiri) Jumaat, Mohammad Nuraikal, Pinsensius dan Penganjur Weng Muaythai Fight Night, Mestre Jowan memberi ‘pose’ menarik selepas perlawanan tamat.
TERBAIK: (Dari kiri) Jumaat, Mohammad Nuraikal, Pinsensius dan Penganjur Weng Muaythai Fight Night, Mestre Jowan memberi ‘pose’ menarik selepas perlawanan tamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia