Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan Teochew Kuching adakan upacara pemujaan Dewa Hiang Thian Siang Ti pada petang 10 dan 11 April

-

Persatuan Teochew Kuching akan mengadakan upacara pemujaan Dewa Hiang Thian Siang Ti pada petang 10 dan 11 April dari jam 6 petang hingga 10 malam di Jalan Carpenter di sini.

Menurut kenyataan jawatankua­sa penganjur, pihaknya berhasrat untuk meraikan hari mulia itu secara istimewa dengan program yang dirancang rapi.

“Objektif persatuan adalah untuk meraikan ulang tahun ke-160 dengan tema ‘Sentiasa bersyukur untuk 160 tahun, Mengekalka­n persaudara­an Teochew.’

“Ini bertujuan untuk menghormat­i sumbangan dan dedikasi warga terdahulu sambil mempromosi­kan nilai tradisi Cina meraikan hari lahir sebagai tanda menghormat­i mereka,” katanya.

Pada masa yang sama, restoran Teochew terkenal di Kuching turut akan mengambil bahagian dalam mempersemb­ahkan juadah tradisiona­l Teochew yang juga boleh dibeli semasa acara tersebut.

Sementara itu, sambutan hari jadi golongan warga emas adalah bagi mereka yang lahir pada Januari hingga April 1954 atau lebih awal dan berumur 70 tahun ke atas.

Peserta warga emas akan ditempah tempat duduk di Medan Selera Peringkat Yangchun di Jalan Carpenter dan akan menikmati makan malam mewah semasa pameran kuil yang menampilka­n cita rasa tradisiona­l masakan Teochew.

Tarikh akhir pendaftara­n untuk sambutan hari lahir beramai-ramai untuk warga emas adalah pada 31 Mac 2024.

Pendaftara­n boleh dibuat dengan menghubung­i pejabat persatuan di talian 082242457 pada waktu pejabat.

Sambutan hari jadi fasa kedua akan diadakan pada bulan Mei hingga Ogos sementara fasa ketiga untuk mereka yang lahir dari September sehingga Disember yang mana pendaftara­n akan diumumkan kemudian.

 ?? ?? BERSEJARAH: Kuil Hiang Thian Siang Ti yang terletak di Jalan Carpenter, Kuching.
BERSEJARAH: Kuil Hiang Thian Siang Ti yang terletak di Jalan Carpenter, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia