Utusan Borneo (Sarawak)

Bazar Ramadan Stutong antara terbaik, lokasi idea gastronomi

Menjadi pilihan kerana utamakan kebersihan, keselamata­n: Wee

- Oleh Jessica Jawing Datuk Bandar MBKS

KUCHING: Bazar Ramadan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di Stutong bukan sahaja antara yang terbersih tetapi tempat terbaik untuk pertukaran budaya khasnya idea gastronomi.

Datuk Bandar MBKS Dato Wee Hong Seng berkata, kebanyakan mereka yang tinggal di kawasan Stutong adalah kaum Cina, tetapi khalayak yang berkunjung ke bazar adalah pelbagai kaum.

“Di sini mereka yang berkunjung bukan sahaja Cina tetapi kaum lain yang tidak berpuasa turut memeriahka­n bazar. Ini adalah tempat di mana orang ramai bertukar-tukar budaya.

“Kenapa? di sini kita dapat melihat di mana rakan kita Melayu atau Muslim menjual ‘kuih chang’ yang asalnya ‘bak chang’ dari kaum Cina, selain itu kuih angku.

“Menerusi pertukaran idea gastronomi ini, ia merapatkan lagi kita bersama bahkan kaum Cina yang datang juga mempelajar­i makanan Muslim yang ada di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pengagihan Bubur Lambuk MBKS sempena Ramadan yang disempurna­kan Timbalan Premier yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian di Bazar Ramadan Pasar Stutong di sini, semalam.

Wee berkata, Bazar Ramadan Stutong juga menjadi destinasi pilihan memandangk­an ia antara bazar yang terbersih selain menawarkan sewa gerai yang murah serta berpatutan kepada peniaga.

“Kami (MBKS) di sini semuanya harus mematuhi peraturan ditetapkan dari segi kebersihan bukan sahaja dasar daripada MBKS tetapi juga peraturan Jabatan Kesihatan Negeri.

“Mereka yang beroperasi dibazar ini sudah menyertai kursus kesihatan dan menerima vaksinasi. Dua perkara ini harus dipatuhi,” tegasnya sambil memberitah­u MBKS telah menetapkan RM10 sehari bagi sewa gerai bazar.

Sementara itu, Dr Sim ketika ditemui berkata, kebersihan sentiasa menjadi topik penting ketika berkunjung ke gerai makanan sepanjang tempoh Ramadan.

Katanya, bazar Ramadan sentiasa menjadi acara yang paling dinanti-nantikan sepanjang musim ini.

“Bazar Ramadan sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan. Bagi pengunjung mereka akan berkunjung ke sana selepas bekerja dan akan berbuka dan sebagainya.

“Salah satu aspek yang paling membimbang­kan adalah kebersihan.

“Justeru, MBKS bersama Jabatan Kesihatan Negeri sentiasa turun padang bagi memastikan kebersihan terjaga,” katanya.

Menerusi pertukaran idea gastronomi ini, ia merapatkan lagi kita bersama bahkan kaum Cina yang datang juga mempelajar­i makanan Muslim yang ada di sini.

Dato Wee Hong Seng

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? CERIA: Wee (kiri) mengiringi Dr Sim semasa lawatan ke bazar Ramadan MBKS di Stutong selepas mengagihka­n bubur lambuk semalam.
— Gambar Chimon Upon CERIA: Wee (kiri) mengiringi Dr Sim semasa lawatan ke bazar Ramadan MBKS di Stutong selepas mengagihka­n bubur lambuk semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia