Utusan Borneo (Sarawak)

Johor terima RM113.7 bilion pelaburan kirakira dua tahun lepas: Onn Hafiz

-

Johor menerima RM113.7 bilion pelaburan dan mewujudkan 35,000 peluang pekerjaan dalam tempoh kira-kira dua tahun lepas, sekali gus menyaksika­n negeri ini menjadi pengimport dan pengekspor­t terbesar negara, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau berkata pihaknya juga telah menyalurka­n pelbagai bantuan dengan peruntukan berjumlah RM438.6 juta kepada golongan yang memerlukan serta menyantuni 2,647 miskin tegar sepanjang tempoh tersebut.

“Keluarga Diraja Johor turut menyampaik­an bantuan untuk bangsa Johor termasuk 20,000 kampit beras, mangsa banjir, kotak makanan, Smart TV dan Smart Board kepada 20 sekolah terpilih, pesakit kanser dan khemah bencana,” katanya menerusi rakaman sebuah video sempena dua tahun perkhidmat­annya sebagai Menteri Besar yang dimuat naik di Facebook beliau kelmarin.

Katanya selain itu kerajaan negeri turut menaik taraf pusat-pusat pelanconga­n seperti Muzium Diraja Sultan Abu Bakar, Zoo Johor, enam Taman Negara, Taman Eko Rimba, Gunung Berlumut, fasiliti trek pendakian Gunung Lambak di Kluang dan kemudahan awam di Pulau Besar Mersing.

Onn Hafiz berkata pihaknya turut menaik taraf 444 kilometer jalan raya yang antaranya membabitka­n Jalan Pasir Gudang, Jalan Mersing-Kota Tinggi dan Jalan Muar-Labis, serta melancarka­n aliran trafik di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan

Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), menerusi kerjasama Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) dengan mengaktifk­an laluan kontra untuk kereta dan pejalan kaki.

Enam projek sakit dan satu terbengkal­ai juga berjaya diselesaik­an yang melibatkan melibatkan sebanyak 1,073 unit rumah dengan nilai hartanah RM260 juta, selain 4,278 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) siap dibina dengan pemberian baucer RMMJ bernilai RM1,000 kepada 2,000 penerima.

”Sebanyak 13 Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan tujuh RSK (Rumah Sewa Kerajaan) telah diperbaiki, 50 unit rumah untuk golongan e-kasih di 10 daerah serta menaik taraf Sistem Perumahan Negeri Johor,’ katanya.

Onn Hafiz berkata pelbagai inisiatif untuk golongan belia dari segi kepimpinan, pendidikan dan sukan telah dilaksanak­an antaranya dengan memperluas­kan Southern Volunteers ke 667 Jawatankua­sa Pembanguna­n Keselamata­n Kampung (JPKK) serta pemberian Skim Pinjaman Pelajaran Johor kepada 1,773 mahasiswa.

“Seramai 5,600 mahasiswa pula menerima bantuan Skim Bantuan Pendaftara­n, 2,000 penerima bantuan Tabung Latihan Kemahiran Johor, RM700,000 untuk 25 Persatuan Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) anak Johor, Biasiswa Kenangan Dato’ Onn, 400 pelajar program tuisyen Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Tabung Pendidikan Sarjana Permodalan Darul Ta’zim dan Program Baca Lab,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia