Utusan Borneo (Sarawak)

APMM Selangor sekat laluan tikus PATI menjelang Hari Raya

-

AGENSI Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Selangor telah mengenal pasti lokasi panas atau lorong tikus dipercayai menjadi laluan masuk dan keluar pendatang asing tanpa izin (PATI), menjelang sambutan Aidilfitri.

Pengarahny­a Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad berkata kawasan di utara Selangor, khususnya di sekitar kawasan industri perikanan merupakan antara lokasi tumpuan laluan masuk dan keluar secara haram disebabkan kedudukan geografiny­a yang terbuka dan hampir dengan perairan sempadan.

Beliau berkata risikan awal mendapati cubaan untuk keluar secara haram melalui lokasi berkenaan telah dikesan berlaku sejak awal Ramadan lagi.

Katanya bagi menangani pergerakan keluar masuk itu, APMM Selangor juga telah mendapatka­n bantuan dari ibu pejabat untuk membantu dari aspek risikan memandangk­an terdapat banyak lokasi berisiko yang dikenali pasti selain kawasan industri perikanan

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Jalinan Strategik Operasi Keselamata­n Majlis Keselamata­n Negara (MKN) Selangor dan APMM Selangor, yang diikuti majlis berbuka puasa dan solat tarawih bersama warga Kapal Maritim Bagan Datuk di Klang, kelmarin.

“Kepada sindiket ini khususnya rakyat tempatan saya ingatkan jangan cuba libatkan diri, tindakan anda dipantau rapat…sebaiknya anda jadilah mata dan telinga kami untuk sama-sama membantera­s kegiatan ini demi negara,” katanya.

Sementara itu Abdul Muhaimin berharap kerjasama erat antara APMM dan MKN dapat ditingkatk­an terutamany­a dalam aspek perkongsia­n maklumat bagi mencegah sebarang kegiatan jenayah daripada berlaku di kawasan perairan negara.

Beliau berkata kerjasama strategik antara pihak berkuasa keselamata­n ini telah menyumbang kepada kejayaan APMM dalam membantera­s kegiatan jenayah, antaranya mematahkan cubaan penyeludup­an dadah disyaki jenis syabu bernilai RM1.32 juta, awal bulan lepas. Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Abdul Muhaimin (tengah) bersama Pengarah Majlis Keselamata­n Negara (MKN) Negeri Selangor, Faizatul Aini Mohd Adnan (tiga kanan) bersama anggota Maritim dan kakitangan MKN sempena Program Jalinan Strategik Operasi Keselamata­n Majlis Keselamata­n Negara (MKN) Selangor dan Maritim Selangor diikuti majlis berbuka puasa dan solat tarawih bersama warga Kapal Maritim Bagan Datuk di Pelabuhan Klang, kelmarin.
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Abdul Muhaimin (tengah) bersama Pengarah Majlis Keselamata­n Negara (MKN) Negeri Selangor, Faizatul Aini Mohd Adnan (tiga kanan) bersama anggota Maritim dan kakitangan MKN sempena Program Jalinan Strategik Operasi Keselamata­n Majlis Keselamata­n Negara (MKN) Selangor dan Maritim Selangor diikuti majlis berbuka puasa dan solat tarawih bersama warga Kapal Maritim Bagan Datuk di Pelabuhan Klang, kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? SERAH: Abdul Muhaimin (kiri) menyaksika­n majlis penyerahan bungkusan raya daripada Pengarah Majlis Keselamata­n Negara (MKN) Negeri Selangor, Faizatul Aini Mohd Adnan (kanan) kepada Pegawai Memerintah KM Bagan Datuk, Leftenan Komander Maritim Mohd Asri Zahari.
— Gambar Bernama SERAH: Abdul Muhaimin (kiri) menyaksika­n majlis penyerahan bungkusan raya daripada Pengarah Majlis Keselamata­n Negara (MKN) Negeri Selangor, Faizatul Aini Mohd Adnan (kanan) kepada Pegawai Memerintah KM Bagan Datuk, Leftenan Komander Maritim Mohd Asri Zahari.
 ?? — Gambar Bernama ?? JEMAAH: Abdul Muhaimin (empat kanan) bersama anggota Maritim dan kakitangan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) mengerjaka­n solat Isyak dan tarawih.
— Gambar Bernama JEMAAH: Abdul Muhaimin (empat kanan) bersama anggota Maritim dan kakitangan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) mengerjaka­n solat Isyak dan tarawih.
 ?? — Gambar Bernama ?? SIBUK: Anggota Maritim LK I (M) Mohammad Nasaruddin Abdul Talip, 27, sibuk menyediaka­n juadah berbuka puasa .
— Gambar Bernama SIBUK: Anggota Maritim LK I (M) Mohammad Nasaruddin Abdul Talip, 27, sibuk menyediaka­n juadah berbuka puasa .
 ?? — Gambar Bernama ?? PANTAU: Pegawai Memerintah KM Bagan Datuk, Leftenan Komander Maritim Mohd Asri Zahari menjalanka­n tugas di atas kapal .
— Gambar Bernama PANTAU: Pegawai Memerintah KM Bagan Datuk, Leftenan Komander Maritim Mohd Asri Zahari menjalanka­n tugas di atas kapal .
 ?? — Gambar Bernama ?? TETAP BERSYUKUR: Anggota Maritim menikmati juadah berbuka puasa di atas Kapal Maritim Bagan Datuk.
— Gambar Bernama TETAP BERSYUKUR: Anggota Maritim menikmati juadah berbuka puasa di atas Kapal Maritim Bagan Datuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia