Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan Komuniti Dinamik Malaysia teruskan Program Prihatin Kanak-kanak

-

tahun 2022, Persatuan Komuniti Dinamik Malaysia telah mula melaksanak­an Program Prihatin Kanakkanak. Program ini termasuk pemberian barang-barang keperluan sekolah kepada golongan kanak-kanak yang memerlukan termasuk yatim piatu, kanak-kanak daripada keluarga ibu tunggal yang miskin dan kanak-kanak yang mengalami penderaan.

Antara sumbangan yang paling biasa termasuk beg sekolah, alat tulis, penutup muka, pencuci tangan dan buku latihan.

Tarikh 12 Mac merupakan permulaan bulan Ramadan dan hari pertama berpuasa bagi umat Islam tahun ini. Pengerusi persatuan Paul Fong, bersama beberapa orang ahli jawatankua­sa telah mengunjung­i Pusat Jagaan Nur Murni di Kuching.

Pusat penjagaan ini mempunyai 20 orang kanak-kanak perempuan dan 12 orang kanak-kanak lelaki. Latar belakang mereka termasukla­h yatim piatu, keluarga tunggal dan keluarga papa, semuanya berumur di bawah 12 tahun.

Paul Fong berkata: “Kerana mereka semua beragama Islam dan hari ini merupakan hari pertama berpuasa, kami percaya tubuh badan mereka juga agak letih. Oleh itu, hari ini kami menyumbang­kan makanan mengandung­i bijirin tinggi yang berkhasiat untuk mereka gunakan semasa berbuka puasa, untuk menyokong pemakanan mereka. Kami berharap sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak ini.”

Paul Fong mengucapka­n terima kasih kepada wakil Orient Europharma Sdn Bhd Jeffery Koo, atas sumbangan tiga kotak makanan mengandung­i bijirin tinggi.

“Tindakan Jeffery sebagai seorang belia yang memahami nilai memberi sumbangan kepada masyarakat, patut dicontohi oleh golongan muda,” kata Paul Fong.

 ?? ?? PRIHATIN: Paul Fong (tengah) dan Jeffery Koo (empat kiri) menyerahka­n sumbangan makanan kepada Raziman Anggas dari Pusat Jagaan Nur Murni.
PRIHATIN: Paul Fong (tengah) dan Jeffery Koo (empat kiri) menyerahka­n sumbangan makanan kepada Raziman Anggas dari Pusat Jagaan Nur Murni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia