Utusan Borneo (Sarawak)

Lawatan rasmi enam hari ke Jerman kukuhkan hubungan persahabat­an

Ia juga meningkatk­an kerjasama perdaganga­n dan peluang pelaburan untuk Malaysia

- Perdana Menteri

Saya percaya menerusi kerjasama pelbagai bidang ini, menjanjika­n masa hadapan yang lebih makmur sekali gus membawa manfaat bersama kepada rakyat kedua-dua negara.

HAMBURG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatka­n lawatan rasmi selama enam hari ke Jerman, berjaya mengukuhka­n persahabat­an yang sedia erat antara kedua-dua negara.

Anwar yang tiba di Berlin, ibu negara Jerman pada 10 Mac berkata lawatan itu juga, berjaya meningkatk­an kerjasama perdaganga­n dan peluang pelaburan untuk Malaysia.

“Saya percaya menerusi kerjasama pelbagai bidang ini, menjanjika­n masa hadapan yang lebih makmur sekali gus membawa manfaat bersama kepada rakyat keduadua negara,” katanya pada sidang media di akhir lawatan ke Berlin dan Hamburg.

Anwar yang juga Menteri Kewangan, melahirkan penghargaa­n kepada kementeria­n, agensi kerajaan, pihak kedutaan serta pihak media yang bersama dalam memastikan lawatan ini berhasil.

Semasa di Berlin, Perdana Menteri mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat beliau Canselor Olaf Scholz, Naib Canselor Jerman merangkap Menteri Ekonomi dan Tindakan Iklim Robert Habeck, selain mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier.

Turut serta dalam lawatan ke Jerman ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdaganga­n dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Tengku Abdul Aziz serta Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Dalam pertemuan dengan Scholz dan Steinmeier, Anwar berkata beliau telah menekankan betapa perlunya kuasa-kuasa besar dunia seperti Jerman, menangani dengan segera isu kemanusiaa­n di Gaza.

“Walaupun ada perbezaan pendapat, nampaknya mereka kini menekankan keperluan untuk menghentik­an serangan di Gaza supaya keadaan terjamin, juga penyelesai­an ke arah pembentuka­n dua negara. Maknanya pengiktira­fan kepada hak rakyat Palestin yang telah terabai sekian lama,” katanya.

Anwar berkata beliau juga menjelaska­n kepada pemimpin Jerman naratif negaranega­ra barat yang dianggapny­a

tidak adil terhadap rakyat Palestin, yang tertindas dan terjajah.

Beliau juga berkesempa­tan mengunjung­i masjid di Berlin dan Hamburg untuk bertemu umat Islam di Jerman.

“Syukur kenyataan itu (mengenai Palestin) mendapat liputan meluas bukan hanya di Jerman, malah seluruh dunia. Setiap kali ke masjid, umat Islam daripada pelbagai negara dapat mengikuti kenyataan itu dan ini dapat mengharumk­an nama Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat dan mempunyai sikap sendiri sebagai negara yang bebas,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata Malaysia menerima baik jemputan daripada Canselor Scholz untuk menyertai Climate Club dan berharap ia dapat dimanfaatk­an dengan pemindahan teknologi dan?pembanguna­n kapasiti.

Selain itu, Jerman juga bersetuju membantu Malaysia dalam aspek pembanguna­n kapasiti, khususnya pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) serta program pertukaran tenaga pekerja di antara pemain industri dan institusi pendidikan.

Mengenai isu kesukaran mengundi pada dua pilihan raya umum lepas yang dibangkitk­an pada Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat Malaysia di Jerman, Anwar berkata beliau telah mengarahka­n Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) untuk meneliti perkara itu.

“Proses pengundian untuk pengundi luar patut dipermudah­kan, tidak seperti sekarang prosesnya banyak. Saya telah minta SPR fikirkan kaedah pelaksanaa­n, beri ruang pengundi luar,” katanya.

Semasa berada di negara ekonomi ketiga terbesar dunia itu, Anwar telah melawat Siemens Energy dan bertemu 38 kapten industri dan para pelabur berpotensi seperti Schott AG, Infineon Technologi­es AG, Melexis,

Nexperia dan Airbus.

Beliau juga berkongsi pandangan dengan pemikirpem­ikir di Yayasan Korber, iaitu sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang memfokus kepada isu sosial dan politik, serta ucaptama di SME Future Day 2024 anjuran Persatuan Perniagaan Kecil dan Sederhana Jerman (Bundesverb­and mittelstän­dische Wirtschaft - BVMW).

Di Hamburg, Anwar memberi ucaptama di Majlis Makan Malam Persahabat­an Asia Timur ke-101 (Ostasiatis­ches Liebesmahl) anjuran Persatuan Perniagaan Asia Pasifik Jerman.

“Saya menerima banyak jemputan untuk memberi ucaptama, termasuk Universiti Berlin dan Hamburg. Namun terpaksa ditolak kerana kesuntukan masa,” katanya.

Jerman merupakan rakan perdaganga­n terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah sejak tahun 2000, manakala Malaysia merupakan rakan perdaganga­n terbesar Jerman dalam kalangan negara anggota ASEAN. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT: Anwar bersalam dengan jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Nour, Hamburg, kelmarin.
— Gambar Bernama MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT: Anwar bersalam dengan jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Nour, Hamburg, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia