Utusan Borneo (Sarawak)

PM Anwar bertemu eksekutif tertinggi Nexperia di Hamburg

-

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin bertemu dengan para pegawai eksekutif tertinggi syarikat semikonduk­tor berpangkal­an di Belanda, Nexperia BV, termasuk Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Xuezheng Zhang di bandar pelabuhan utama Jerman ini.

Para eksekutif lain ialah Ketua Pegawai Kewangan dan Pengarah Urusan Nexperia Germany, Stefan Tilger, Ketua Pegawai Operasi, Achim Kempe, Ketua Hal Ehwal Korporat, Jean-Pierre Kempeneers dan Pengarah Kanan, Ketua Advokasi dan Perikatan, Hannes Van Raemdonck.

Turut hadir semasa pertemuan yang berlangsun­g selama 50 minit itu ialah Menteri Pelaburan, Perdaganga­n dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Wira Arham Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia

(MATRADE), Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz.

Nexperia BV memiliki anak syarikat milik penuh di Malaysia, Nexperia Malaysia Sdn Bhd, yang mengembang­kan operasi dengan kilang terbaharun­ya di Seremban, Negeri Sembilan.

Semasa majlis pecah tanah pada 2021, dilaporkan bahawa menjelang 2026, Nexperia Malaysia merancang untuk membuat pelaburan tambahan sebanyak RM1.6 bilion bagi bangunan, peralatan dan automasi di Malaysia.

Nexperia merupakan antara pemain terkemuka dalam pengeluara­n semikonduk­tor dan komponen penting yang digunakan dalam pelbagai reka bentuk elektronik.

Antara produk utamanya termasukla­h diod, transistor, dan peranti perlindung­an nyahcas elektrosta­tik (ESD) serta litar bersepadu analog dan logik.

Anwar tiba di Berlin, Jerman, pada 10 Mac lepas bagi lawatan rasmi selama enam hari ke ekonomi ketiga terbesar dunia itu.

Semasa berada di Berlin, Anwar mengadakan perbincang­an dengan rakan sejawatann­ya dari Jerman, Canselor Olaf Scholz selain melakukan kunjungan hormat kepada Presiden FrankWalte­r Steinmeier.

Perdana Menteri juga melawat kilang Siemens Energy di Huttenstra­be sebelum bertemu dengan lebih 35 pemimpin industri dan pelabur berpotensi dari Eropah pada mesyuarat meja bulat perniagaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERTEMUAN: Anwar mengadakan pertemuan dengan syarikat Belanda Nexperia yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Xuezheng Zhang di Hamburg, kelmarin.
— Gambar Bernama PERTEMUAN: Anwar mengadakan pertemuan dengan syarikat Belanda Nexperia yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Xuezheng Zhang di Hamburg, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia