Utusan Borneo (Sarawak)

Puting beliung membadai tiga negeri di tengah AS

Kemusnahan yang dahsyat memaksakan penggunaan jentera berat untuk sampai ke kawasan malapetaka

-

WASHINGTON: Ribut yang sangat kuat telah membadai tiga buah negeri di tengah AS pada malam Khamis, membawa puting beliung yang sangat kuat serta meragut sekurangku­rangnya tiga nyawa, kata pihak berkuasa kelmarin.

Ribut yang sangat kuat telah melanda wilayah berhampira­n seperti Kentucky, Indiana dan Ohio.

“Kami mempunyai tiga kematian yang diketahui,” Syerif Randall Dodds, dari Logan County di barat tengah Ohio, memberitah­u sebuah afiliat CBS.

“Kemusnahan adalah ketara di mana kami perlu menggunaka­n jentera berat untuk sampai ke kawasan ini untuk mampu mengalihka­n barangbara­ng ini di mana rumah-rumah telah roboh, bagi melihat sekiranya terdapat sesiapa yang tercedera,” kata beliau, sambil menambah, “ia akan mengambil masa yang panjang.”

Secara keseluruha­n, lebih dari 13 juta orang di tengah Amerika Syarikat telah

ditempatka­n di bawah pengawasan puting beliung pada Khamis ketika ribut menghampir­i,

kata Perkhidmat­an Cuaca Negara (NWS).

Ribut yang berubah-ubah tempat di sekitar Ohio Valley, membawa puting beliung di beberapa kawasan, termasuk satu “puting beliung sangat berbahaya seluas setengah batu” di Ohio, kata NWS.

Satu puting beliung melanda pekan luar bandar di Indian Lake di bahagian barat negara.

“Ia adalah kemusnahan sesungguhn­ya. Saya tidak pernah melihat sesuatu seperti ini sepanjang hidup saya,” Amber Fagan, presiden bagi Dewan Perdaganga­n Indian Lake, memberitah­u sebuah stesen televisyen Columbus ABC.

“Di luar bandar, ia adalah teruk. Ia adalah sangat teruk.”

Pokok-pokok yang patah, serpihan kaca dan tiang elektrik yang tumbang telah bersepah di atas jalan raya.

Nun di timur, hampir 5,000 buah rumah telah mengalami ketiadaan bekalan elektrik di

Delaware County, Ohio.

“Bumbung rumah seseorang berada di dalam dapur saya,” Katie Sprinkle memberitah­u akhbar Columbus Dispatch. Dia menyatakan anak-anaknya telah memakai topi keselamata­n basikal ketika serangan ribut dan suaminya telah melindungi mereka di bawah sebuah kanu yang diterbalik.

“Berdoa dengan kuat, ibu,” anak perempuann­ya berusia sembilan tahun telah menggesa dia.

Pada mulanya Polis Indiana State memberitah­u media AS bahawa tiga orang meninggal dunia di sebuah taman rumah bergerak di Winchester, Indiana, ketika satu puting beliung melanda.

Namun ketika satu sidang media semalaman mereka menyatakan “tidak menyedari” tentang sebarang kematian.

Pihak berkuasa menyatakan kelmarin, bahawa sekurang-kurangnya3­8orang telah mengalami kecederaan di wilayah Randolph dan Delaware di Indiana, termasuk “tiga orang yang mungkin dalam keadaan kritikal.” Mereka menyatakan sekurang-kurangnya 22 buah bangunan dipercayai telah musnah.

Di Kentucky, Gabenor Andy Beshear menyatakan menerusi media sosial bahwa satu puting beliung bergerak melalui bandar Gallatin dan Trimble di wilayahnya, namun tidak menyebabka­n sebarang kematian.

Puting beliung, fenomena cuaca yang menarik ketika ia sukar untuk diramalkan, adalah biasa berlaku di Amerika Syarikat, terutama di bahagian tengah dan sekatan negara.

Kemunculan puting beliung adalah tidak biasa berlaku pada Mac, namun kemuncakny­a biasa tiba pada April atau Mei.

 ?? — Gambar AFP ?? DAHSYAT: Mangsa puting beliung saling membantu untuk membersihk­an kawasan rumah mereka yang terjejas teruk di Indian Lake, Ohio.
— Gambar AFP DAHSYAT: Mangsa puting beliung saling membantu untuk membersihk­an kawasan rumah mereka yang terjejas teruk di Indian Lake, Ohio.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia