Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki dalangi pembunuhan dihukum penjara seumur hidup

-

Pada Jumaat sebuah mahkamah Sweden menjatuhka­n satu hukuman seumur hidup kepada seorang lelaki berusia 28 tahun kerana mendalangi satu pembunuhan yang berkaitan dengan samseng pada 2022, dilakukan oleh serang remaja di sebuah pusat beli-belah.

Pada 19 Ogos, 2022, seorang lelaki berusia 31 tahun dikenali sebagai seorang ketua sebuah kumpulan jenayah telah ditembak dan dibunuh di tengah pusat beli-belah di bandar selatan Malmo.

Pembunuhan pada waktu siang berlaku hanya beberapa bulan selepas pembunuhan adik lelaki kepada lelaki itu.

Pada September, seorang budak lelaki berusia 15 tahun yang disabitkan telah melakukan tembakan, mahkamah daerah Malmo berkata dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa budak lelaki itu tidak bertindak atas kemahuan sendiri.

Pada Jumaat, mahkamah menjatuhka­n hukuman kepada seorang lelaki berusia 28 tahun penjara seumur hidup bagi “menghasut pembunuhan.”

Ia menyatakan bahawa siasatan menunjukka­n bahawa dia mempunyai “motif untuk membunuh mangsa, bahawa dia telah mengatur kemudahan bagi remaja berusia 15 tahun di Malmo sebelum pembunuhan”, an bahawa dia telah berada di pusat mebeli-belah pada sekitar waktu tembakan berlaku.

Ia juga menyatakan bahawa dia telah dikaitkan dengan senjata pembunuhan dan bahawa dia kemudian menjangkak­an peranan kepimpinan mangsa dalam kumpulan “Satudarah Assassins” gang.

Seorang lelaki lain telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun kerana “membantu dan merancang pembunuhan” dengan menemani remaja berusia 15 tahun ke pusat beli-belah.

Sweden telah berdepan dengan satu peningkata­n dalam keganasan sejak bebebrapa tahun lepas semasa permusuhan kumpulan lawan bagi kawalan ke atas pasaran dadah, dengan pengeboman dan tembakan direkodkan hampir setiap minggu.

Pada Februari, kerajaan menyatakan bahawa jumlah tahunan bagi kejadian tembakan maut telah meningkat tiga kali ganda sejak 10 tahun lepas dan bahawa 2023 melihat satu jumlah rekod bagi pengeboman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia