Utusan Borneo (Sarawak)

Polis London buru suspek dalam dua serangan busur panah

-

Polis Metropolit­an di London menyatakan pada Jumaat bahawa pihak polis sedang tergesages­a memburu seorang suspek yang mencederak­an dua orang dalam serangan berasingan dengan sebatang busur panah pada bulan ini di kawasan kejiranan Shoreditch.

Mangsa seorang wanita berusia 44 tahun dan seorang lelaki berusia 20 tahun kedua-duanya telah keluar dari hospital selepas menerima rawatan bagi kecederaan yang menurut pihak polis sebagai tidak membahayak­an nyawa atau mengubah hidup.

Insiden, yang pertama pada 4 Mac dan kedua pada Khamis lepas, telah “dikaitkan” dengan “keadaan dan lokasi kedua-duanya,” menurut Met.

Tiada insiden sama yang lain telah dilaporkan, jelasnya.

“Terdapat usaha yang ketara untuk mengetahui siapa yang melakukan serangan ini, dan kami adalah komited untuk memastikan masyarakat mendapat perkembang­an terkini pada hari-hari akan datang, kerana kami tahu bagaimana membimbang­kan keadaan ini,” Pesuruhjay­a Ketua Detektif James Conway berkata.

Beliau menambah pasukan detektifny­a dan anggota polis lain sedang berusaha untuk mengenal pasti saksi dan meneliti CCTV serta “peluang” forensik.

Conway memohon bagi mana-mana saksi untuk tampil ke depan.

Dalam serangan pertama, pada petang Isnin 4 Mac, wanita berusia 44 tahun telah terkena di kepala ketika dia melintas jalan di sebatang jalan kediaman di Shoreditch.

Sepuluh hari kemudian, pada waktu yang sama pada waktu petang, seorang lelaki berusia 20 tahun telah mengalami kecederaan leher selepas terkenal satu panahan dari busur panah kira-kira 200 kaki (61 meter) jauhnya di laluan penempatan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia