Utusan Borneo (Sarawak)

Liverpool diundi menentang Atalanta dalam suku akhir

The Reds juga berkemungk­inan berhadapan dengan Leverkusen bimbingan Alonso pada perlawanan akhir Liga Europa

- Pengurus Liverpool

PARIS: Liverpool akan menentang pasukan Itali, Atalanta pada suku akhir Liga Europa musim ini selepas kedua-dua pasukan itu digandingk­an bersama dalam cabutan undi kelmarin, membuka kemungkina­n pasukan Anfield itu untuk bertemu Bayer Leverkusen bimbingan Xabi Alonso pada perlawanan akhir.

Liverpool kendalian Jurgen Klopp, yang masih memburu empat gelaran musim ini, akan melayan kunjungan Atalanta di Anfield pada 11 April dan pergi ke Itali seminggu kemudian untuk perlawanan kedua.

The Reds menewaskan Sparta Prague 11-2 secara agregat pada pusingan 16 akhir dan menjadi pasukan pilihan untuk menewaskan Atalanta, yang kini berada di tangga keenam Serie A.

Kelab-kelab itu bertemu di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara pada 2020/2021, dengan Liverpool menang 5-0 di tempat lawan di Bergamo dan Atalanta menang 2-0 di Anfield.

“Mereka mempunyai pengurus yang sama, saya agak pasti struktur yang sama, bermakna ia akan tidak selesa untuk menentang mereka yang tersusun dengan sangat baik,” kata Klopp merujuk kepada pasukan bimbingan Gian Piero Gasperini.

“Sangat menarik, sangat

“Mereka mempunyai pengurus yang sama, saya agak pasti struktur yang sama, bermakna ia akan tidak selesa untuk menentang mereka yang tersusun ” dengan sangat baik. Jurgen Klopp

teruja, mari lihat apa yang boleh kami lakukan. Kami sangat menghormat­i pencapaian Atalanta dalam tahun-tahun lepas, sangat konsisten.”

Leverkusen menikmati musim yang luar biasa di bawah bekas pemain tengah Liverpool, Alonso, yang merupakan antara calon utama untuk menggantik­an Klopp sebagai pengurus di

Anfield apabila jurulatih Jerman itu berundur pada penghujung musim ini.

Pemenang Piala UEFA, pendahulu Liga Europa pada tahun 1988, Leverkusen belum kalah sepanjang musim dan kini berada di hadapan 10 mata di puncak Bundesliga dengan baki sembilan perlawanan.

Rekod tanpa kalah mereka hampir berakhir pada hari

Khamis, apabila mereka ketinggala­n 2-1 pada masa kecederaan kepada Qarabag sebelum kebangkita­n yang menakjubka­n untuk menang 3-2 menentang pasukan dari Azerbaijan itu.

Itu membolehka­n mereka memenangi perlawanan peringkat 16 akhir dengan agregat 5-4.

Leverkusen akan menentang West Ham United - pemenang Liga Konferensi

Europa musim lalu - pada suku akhir, dan pasukan Inggeris itu telah menewaskan sebuah lagi kelab Jerman Freiburg pada pusingan akhir.

“Sudah tentu kami tahu West Ham, pasukan Liga Perdana,” kata Alonso kelmarin.

“Tahun lepas mereka meraih kejayaan besar dalam Liga Konfernsi. Mereka mempunyai pemain terbaik.

Ia mengujakan untuk berada di suku akhir menentang lawan yang sangat bagus.”

Pemenang perlawanan itu akan mara ke separuh akhir menentang sama ada AC Milan atau Roma.

Ditanya mengenai pasukannya yang tidak akan menentang Liverpool sehingga perlawanan akhir, Alonso menambah: “Saya mendoakan yang terbaik untuk Liverpool, tetapi kita akan lihat. Masih jauh lagi untuk ke final di Dublin.”

Suku akhir yang lain mempertemu­kan dua bekas juara Eropah, Marseille menentang Benfica.

Sesiapa yang menang akan menentang sama ada Liverpool atau Atalanta dalam empat perlawanan terakhir.

Perlawanan akhir Liga Europa musim ini akan berlangsun­g di Dublin pada 22

 ?? ??
 ?? — Gambar AFP ?? MUKTAMAD: Bekas pemain Sepanyol, Fernando Llorente membuat cabutan undian bagi aksi suku akhir Liga Europa musim 2023/2024 di House of European Football di Nyon.
— Gambar AFP MUKTAMAD: Bekas pemain Sepanyol, Fernando Llorente membuat cabutan undian bagi aksi suku akhir Liga Europa musim 2023/2024 di House of European Football di Nyon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia