Utusan Borneo (Sarawak)

De Bruyne akan terlepas aksi suku akhir Piala FA

-

Pep Guardiola mendedahka­n bahawa Kevin De Bruyne akan terlepas perlawanan suku akhir Piala FA Manchester City menentang Newcastle ketika pemain tengah Belgium itu berusaha untuk kembali daripada kecederaan untuk minggu-minggu terakhir pasukannya yang memburu tiga gelaran.

De Bruyne telah diketepika­n daripada skuad Belgium untuk perlawanan persahabat­an menentang Republik Ireland dan England kerana kecederaan pangkal paha.

Jurulatih Belgium Domenico Tedesco mendakwa De Bruyne telah bergelut dengan masalah itu dalam “beberapa perlawanan terakhir”.

Jurulatih City, Guardiola berkata, pemain berusia 32 tahun itu merasakan kecederaan­nya sebelum dia digantikan pada separuh masa kedua dalam perlawanan seri 1-1 di Liverpool hujung minggu lalu dalam Liga Perdana.

De Bruyne sudah terlepas sebahagian besar musim ini selepas kecederaan hamstring parah pada perlawanan pembukaan liga City di Burnley pada Ogos.

Dia akan diketepika­n untuk lawatan Newcastle ke Stadium Etihad dan Guardiola tidak dapat mengesahka­n sama ada dia akan bersedia untuk pertembung­an penting dengan pendahulu Liga Perdana, Arsenal pada 31 Mac.

“Dia sudah bermain di Anfield dengan beberapa masalah. Tetapi dia semakin pulih. Dia tidak bersedia untuk esok,” kata Guardiola kepada pemberita semalam.

“Kami bercakap dengan pengurus Belgium dan dia membuat keputusan. Sebab itu saya bersyukur kerana dia berasa tidak sihat. Harapharap sekarang dia boleh pulih untuk bahagian terakhir musim ini.

“Semua pemain dalam bola sepak moden hari ini, mereka tidak sihat sepenuhnya. Sentiasa mengalami masalah. Sehari selepas perlawanan dia berasa tidak sihat, jadi lebih baik untuk mengambil langkah ke belakang.”

De Bruyne bukan satusatuny­a kecederaan yang dibimbangi Guardiola selepas penjaga gol Brazil, Ederson juga akan terlepas perlawanan Newcastle.

Ederson mengalami kecederaan otot semasa menentang Liverpool dan Stefan Ortega akan menjadi pengganti menentang Newcastle.

Guardiola berharap Ederson dapat pulih untuk menentang Arsenal, yang berada satu mata di hadapan City yang kini duduk tempat ketiga dalam perebutan gelaran yang sengit.

“Ederson semakin baik, harap-harap dia akan bersedia selepas rehat antarabang­sa,” katanya.

Jika City menewaskan Newcastle hujung minggu ini, mereka akan kekal bersaing untuk memenangi tiga gelaran Liga Perdana, Liga Juara-Juara dan Piala FA buat kali kedua berturuttu­rut.

Dalam cabutan undi suku akhir Liga Juara-Juara semalam, mereka sekali lagi berdepan Real Madrid selepas menewaskan gergasi Sepanyol itu pada separuh akhir tahun lalu dan tewas pada peringkat yang sama pada 2022.

“Ia kelihatan seperti tradisi, tiga tahun berturuttu­rut bermain dengan raja pertanding­an, yang telah memenangi 14 Liga JuaraJuara,” kata Guardiola.

“Begitulah keadaannya. Semoga kami boleh bersedia dalam masa yang baik. Masih ada beberapa minggu sebelum perlawanan pertama di Madrid. Kita akan lihat.”

Mengenai harapan tiga gelaran City, Guardiola menambah: “Saya tidak memikirkan tentang itu sekarang. Pada bulan terakhir musim ini saya akan memberitah­u kamu.

“Sekarang tentang suku akhir menentang pasukan terbaik Piala FA. Kemudian kami ada rehat antarabang­sa, kami balik dan bermain satu lagi perlawanan akhir menentang Arsenal.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia