Utusan Borneo (Sarawak)

Man City, Real Madrid bersua

Aksi tumpuan suku akhir Liga Juara-Juara yang lain menyaksika­n Arsenal diundi menentang Bayern

-

PARIS: Juara bertahan Manchester City akan menentang juara 14 kali Real Madrid dalam suku akhir Liga Juara-Juara selepas digandingk­an bersama dalam cabutan undi semalam, bermakna kedua-dua pasukan akan bertemu dalam tiga musim berturut-turut dalam pertanding­an itu.

Arsenal akan menentang Bayern Munich yang diketuai Harry Kane, manakala Paris Saint-Germain (PSG) bertemu Barcelona dan Atletico Madrid akan menentang Borussia Dortmund dalam perlawanan lain.

City kendalian Pep Guardiola akan bertandang ke ibu kota Sepanyol untuk perlawanan pertama pada 6 atau 7 April, dan perlawanan kembali ke Manchester seminggu kemudian.

City menewaskan Madrid pada separuh akhir musim lalu dalam perjalanan untuk memenangi Liga Juara-Juara buat kali pertama, berikutan keputusan seri 1-1 di Santiago Bernabeu dengan kemenangan menakjubka­n 4-0 di tempat sendiri pada perlawanan kedua.

Real muncul di kedudukan teratas apabila keduadua pasukan bertemu dalam empat perlawanan terakhir setahun sebelum itu, sebelum menewaskan Liverpool

di final.

Kelab gergasi Sepanyol itu turut memenangi pertembung­an separuh akhir antara kedua-dua pasukan pada 2016, manakala City muncul sebagai juara pada pusingan 16 akhir pada 2020.

Cabutan undi juga mempersemb­ahkan satu pertembung­an yang sengit apabila Arsenal dihadiahka­n pertemuan menentang juara Jerman, Bayern yang layak selepas menewaskan Porto menerusi penalti penentuan

untuk ke suku akhir buat kali pertama sejak 2010.

The Gunners akan menjadi tuan rumah perlawanan pertama di Stadium Emirates, yang akan menyaksika­n bekas pemain Tottenham Hotspur, Kane - yang setakat ini telah

menjaringk­an 36 gol pada musim pertamanya di Bayern - kembali ke London.

Ada kemungkina­n separuh akhir semua pasukan Inggeris, dengan pemenang perlawanan antara Arsenal dan Bayern berdepan sama ada

City atau Real dalam empat perlawanan terakhir.

Pertemuan PSG dengan Barcelona akan menjadi babak terbaru antara persaingan kedua-dua pihak, dengan kelab Perancis itu berhasrat untuk memenangi Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam musim terakhir mereka sebelum Kylian Mbappe pergi apabila kontraknya tamat pada Jun.

Barcelona menumbangk­an PSG pada suku akhir 2013 dan 2015, sebelum kemenangan menakjubka­n pada pusingan 16 akhir pada 2017, apabila mereka bangkit daripada ketinggala­n 4-0 pada perlawanan pertama dengan kemenangan 6-1 dalam aksi timbal balik di Camp Nou.

PSG membalas dendam kekalahan itu pada pusingan 16 akhir pada 2021, apabila Mbappe menjaringk­an hatrik pada perlawanan di tempat lawan untuk membantu pasukannya menang dengan agregat 5-2.

Atletico akan melayan kunjungan Dortmund pada perlawanan pertama suku akhir mereka, dengan pemenangny­a akan menentang PSG atau Barcelona dalam suku akhir.

Perlawanan akhir Liga Juara-Juara musim ini akan berlangsun­g di Wembley di London pada 1 Jun. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MUKTAMAD: Cabutan undian bagi perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara dipamerkan di papan digital semasa proses cabutan undian di House of European Football di Nyon.
— Gambar AFP MUKTAMAD: Cabutan undian bagi perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara dipamerkan di papan digital semasa proses cabutan undian di House of European Football di Nyon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia