Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita rugi RM37,400 tertipu tawaran kerja sambilan dalam talian

-

MIRI: Seorang wanita berputih mata apabila terpaksa menanggung kerugian berjumlah RM37,400 selepas tertipu dengan tawaran kerja dalam talian yang menjanjika­n komisen lumayan.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Miri menerima laporan polis daripada mangsa berusia lingkungan 40-an itu pada Jumaat lalu.

“Mangsa merupakan pekerja swasta yang membuat urusan kerja sambilan secara dalam talian setelah dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp ‘F35C19 Booking Promotion’.

“Kerja sambilan tersebut adalah dengan melakukan tugasan menekan butang ‘like’ dan ‘follow’ dalam laman booking.com diberikan oleh suspek bagi mendapatka­n komisen,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Alexson menjelaska­n, mangsa kemudianny­a mula berurusan dalam aplikasi Telegram setelah diarahkan oleh suspek.

“Mangsa juga diminta membuat bayaran dahulu sebelum memulakan sebarang tugasan diberikan oleh suspek dan pulangan wang itu kononnya akan berganda.

“Mangsa membuat lima kali transaksi ke akaun bank pihak ketiga diberikan suspek sehingga berjumlah RM37,400,” jelasnya.

Beliau memberitah­u, mangsa hanya menyedari dirinya tertipu apabila komisen dijanjikan masih belum diperolehi dan suspek meminta wang lagi.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan sebat juga denda.

Sehubungan itu, Alexson menasihati orang ramai sentiasa berwaspada dengan tawaran kerja secara dalam talian khasnya daripada laman sosial yang menjanjika­n komisen dan mendapat keuntungan dalam kadar segera.

Masyarakat digalakkan menghubung­i Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 jika merupakan mangsa penipuan siber seperti phone scam, love scam, edagang, pinjaman tidak wujud dan sebagainya. Sekiranya baru sahaja membuat transaksi pindahan wang ke mana-mana akaun keldai atau sindiket penipuan.

 ?? ALEXSON ??
ALEXSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia