Utusan Borneo (Sarawak)

Sagah tekankan keperluan tingkatkan kemahiran, pengetahua­n KMKK Bidayuh

-

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn menekankan keperluan bagi meningkatk­an kemahiran dan pengetahua­n ketua masyarakat dan ketua kampung (KMKK) Bidayuh di sini.

Tambah beliau perkara itu boleh dilaksanak­an menerusi penganjura­n bengkel dan seminar bagi meningkatk­an kompetensi ahli KMKK dengan kerjasama pelbagai badan kerajaan, termasuk Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS), Mahkamah Bumiputera dan pejabat residen.

“Komuniti Bidayuh kini sedang mengalami pembanguna­n pesat dan transforma­si sosioekono­mi, KMKK dijangka meluaskan tanggungja­wab mereka melangkaui sekadar menjaga dan menguatkua­sakan hal berkaitan adat dan tradisi.

“Peranan mereka diperluask­an termasuk menyebarka­n pelan dan dasar pembanguna­n kerajaan, menangani isu keselamata­n dan perkara-perkara yang berupaya menjejaska­n komuniti Bidayuh,” katanya.

Demikian kata beliau yang juga merupakan Penasihat Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Prima BGA Bidayuh di majlis Ngarum Tikuruk Bisamah

Punu’uh Bidayuh di Dewan Serba Guna DBNA malam kelmarin.

Penekanan turut dibuat kepada ahli KMKK akan penguasaan bahasa Inggeris untuk tujuan membaca, mentafsir dan memahami Ordinan Mahkamah Bumiputera 1992 bagi keperluan komuniti tersebut.

KMKK juga harus membantu dalam penganjura­n acara kerajaan, menyokong pelaksanaa­n projek, termasuk projek baharu di bawah Agensi Penyelaras­an Pembanguna­n Greater Kuching (GKCDA).

Ini kerana ia tertumpu di kawasan penempatan masyarakat Bidayuh selain komuniti Bidayuh dipertangg­ungjawabka­n untuk penganjura­n sambutan Gawai peringkat negeri yang dihoskan masyarakat Bidayuh tahun ini.

Untuk melaksanak­an tugas mereka dengan berkesan, ahli KMKK diiingatka­n untuk wajib memiliki kecekapan penting termasuk pemahaman tentang dasar kerajaan dan agenda pembanguna­n serta kecekapan dalam ICT dan kemahiran komunikasi.

“Di Sarawak, kerajaan negeri telah menubuhkan struktur dan skim perkhidmat­an yang sangat istimewa dan unik untuk KMKK, yang terdiri daripada temenggung, pemanca, penghulu dan ketua kampung.

“Ia adalah sebuah institusi dengan sendirinya mempunyai peranan yang ditakrifka­n dan khusus pada setiap lapisan dengan tujuan membantu kerajaan mengurus dan mentadbir masyarakat berbilang kaum di Sarawak,” katanya.

Beliau turut mengucapka­n tahniah atas pelantikan Temenggung Bidayuh Bahagian Kuching yang baharu, Atok Derop bagi menggantik­an Temenggung Dato Austin Dimin.

Hadir sama pada majlis itu adalah Timbalan Menteri Pengangkut­an Sarawak (Udara dan Jalan) Datuk Dr Jerip Susil, Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja John Ilus dan ADUN Opar Billy Sujang.

Juga bekas Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Sarawak Datuk Amar Michael Manyin Jawong, Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak (JPVS) Datu Dr Adrian Susin, Ketua Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Padawan Julius Scott Sapong dan Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Padawan Paul Mathieus Akin antaranya.

 ?? ?? TERIMA KASIH: Sagah (lima kiri) menerima sebuah lukisan tangan daripada Atok (empat kanan) sebagai tanda kenangan di majlis Ngarum Tikuruk Bisamah Punu’uh Bidayuh di Dewan Serba Guna DBNA malam kelmarin.
TERIMA KASIH: Sagah (lima kiri) menerima sebuah lukisan tangan daripada Atok (empat kanan) sebagai tanda kenangan di majlis Ngarum Tikuruk Bisamah Punu’uh Bidayuh di Dewan Serba Guna DBNA malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia