Utusan Borneo (Sarawak)

Permohonan pembangkan­g kepada kerajaan tetap didengar

TPM mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua parti politik pembangkan­g minggu depan bagi dengar permohonan mereka

- Oleh Agnes Tugong Dato Sri Fadillah Yusof Timbalan Perdana Menteri

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof akan mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua parti politik pembangkan­g minggu depan bagi mendengar permohonan mereka kepada kerajaan.

Menurut Fadillah, pertemuan tersebut sepatutnya berlangsun­g Selasa lepas namun ditangguhk­an ke satu tarikh lain yang belum ditetapkan disebabkan ada hal lain.

“Sepatutnya Selasa lepas saya berjumpa dengan Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee namun mereka minta tangguh sebab Datuk Takiyuddin ada hal lain.

“Jadi mungkin minggu depan (tarikh belum ditetapkan), tunggu mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurn­akan Majlis Pengagihan Bubur Lambuk di Surau Al Hidayah Taman Sejoli di sini semalam.

Ditanya apakah tujuan pertemuan itu kelak, Fadillah berkata beliau mahu mendengar apa sebenarnya permohonan mereka untuk dikemukaka­n kepada kerajaan.

“Perdana Menteri sudah beri amanah untuk mereka berjumpa dan menyatakan apa kemahuan mereka.

“Selepas itu baru saya akan bentangkan kepada kerajaan untuk dibincangk­an. Kemudian barulah berlaku perundinga­n,” ujarnya.

Sebelum ini Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata di Parlimen sudah beberapa kali berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri bagi membincang­kan tentang peruntukan bagi kawasannya yang sehingga kini masih belum diterima.

Fadillah bagaimanap­un berkata peruntukan daripada kerajaan untuk kawasan Parlimen Muar ada diberikan.

Hanya peruntukan untuk beliau (Syed Saddiq) sebagai Ahli Parlimen Muar sahaja yang masih belum diberikan, kata Fadillah.

Mengenai industri tanaman sayur yang dikuasai warga asing, Fadillah berkata undang-undang masih di bawah bidang kuasa Kementeria­n Dalam Negeri dan Kementeria­n Sumber Manusia.

“Prosedur sedia ada masih terpakai dan dalam undangunda­ng

masih di bawah bidang kuasa mereka,” ujarnya.

Terdahulu Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya menyempurn­akan simbolik pengagihan 500 pek bubur lambuk kepada penduduk di Taman Sejoli dan sekitarnya.

Majlis pengagihan bubur lambuk tersebut merupakan anjuran Surau Al Hidayah Taman Sejoli dengan kerjasama JKKK Taman Sejoli, Taman Heritage, Taman Murni, Taman Long Seng, Taman Peaceful dan Taman Muhibah serta PBB Ranting Taman Sejoli.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong merangkap Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman.

Sepatutnya Selasa lepas saya berjumpa dengan Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee namun mereka minta tangguh sebab Datuk Takiyuddin ada hal lain.

 ?? ?? SEDEKAH: Fadillah (dua kiri) mengagihka­n bubur lambuk kepada wakil penerima di Surau Al Hidayah Taman Sejoli, Kuching. Turut kelihatan Fazzrudin (kiri). Gambar Roystein Emmor
SEDEKAH: Fadillah (dua kiri) mengagihka­n bubur lambuk kepada wakil penerima di Surau Al Hidayah Taman Sejoli, Kuching. Turut kelihatan Fazzrudin (kiri). Gambar Roystein Emmor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia