Utusan Borneo (Sarawak)

Bina paip baharu ke kawasan Sibu Jaya, Tiong gesa LAS

Kerosakan paip berdekatan Stesen Petronas Jalan Tunku Abdul Rahman kerana terlalu dekat dengan tangki minyak berhampira­n

- Oleh Watt Zacchaeus ADUN Dudong

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Datuk Seri Tiong King Sing meminta Lembaga Air Sibu (LAS) segera menerima pakai ‘pelan kecemasan’ untuk membina paip air baharu ke kawasan Sibu Jaya.

Menurutnya, beliau menerima makluman daripada LAS bahawa kerosakan paip air berdekatan Stesen Petronas di Jalan Tunku Abdul Rahman disebabkan jarak yang terlalu dekat antara paip air dan tangki minyak stesen minyak berhampira­n.

“Jika pembaikan dilakukan secara terburu-buru tanpa kajian yang teliti, tangki bahan api mungkin terbakar dan meletup secara tidak sengaja.

“Oleh itu, saya meminta pihak berkuasa segera menerima pakai ‘pelan kecemasan’ dan memulakan pembinaan segera demi menyediaka­n bekalan air yang stabil kepada penduduk Sibu Jaya dalam masa 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tiong berkata, masalah tekanan air yang teruk di Sibu Jaya masih belum dapat diselesaik­an selama beberapa hari sehingga menyusahka­n banyak isi rumah dan menyebabka­n ramai penduduk sengsara pada masa ini.

Sehubungan itu, beliau meminta LAS segera menghantar lori air ke kawasan terjejas bagi membekalka­n air untuk meringanka­n keperluan mendesak penduduk sebelum projek paip air baharu itu siap.

“Tidak ada ruang untuk berkomprom­i!

“Jabatan kerajaan perlu menangani dengan segera dan teliti semua isu berkaitan infrastruk­tur dan sumber awam yang mempengaru­hi kehidupan rakyat.

“Jangan gunakan sejarah sebagai alasan untuk mengabaika­n tanggungja­wab kepada orang ramai.

“Fikir, rancang dan inovasikan penyelesai­an yang lebih baik, hindari masalah berulang yang akan memberi kesan kepada generasi akan datang,” tegasnya yang juga Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya.

Justeru, beliau mengingatk­an LAS agar menangani masalah dengan segera jika berlaku situasi yang sama pada masa akan datang.

“LAS perlu meningkatk­an kecekapan perkhidmat­an dan bekerja keras untuk menghalang bekalan air harian daripada menjadi ‘hak keistimewa­an’ bagi penduduk Sibu Jaya.

“Di pihak kami, kakitangan kami di pusat khidmat Dudong juga mesti mempercepa­tkan kewajipan mereka untuk melakukan tindakan susulan dan menghubung­i pihak berkuasa dengan lebih aktif sebelum rakyat terpaksa menghadapi masalah jangka panjang,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut menyeru Kementeria­n Utiliti dan Telekomuni­kasi mengambil serius perkara tersebut.

Pada masa yang sama, Tiong juga berharap masalah bekalan air terputus itu tidak berulang lagi.

“Semua pegawai kerajaan perlu bangun sekarang dan membantu kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam menunaikan janji kepada rakyat selaras dengan slogan ‘Rakyat Diutamakan’,” tambahnya.

Jika pembaikan dilakukan secara terburu-buru tanpa kajian yang teliti, tangki bahan api mungkin terbakar dan meletup secara tidak sengaja.

Datuk Seri Tiong King Sing

 ?? TIONG ??
TIONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia