Utusan Borneo (Sarawak)

Lembaga Perindustr­ian Nanas Malaysia lancar kempen jualan produk nanas

-

Lembaga Perindustr­ian Nanas Malaysia (LPNM) melancarka­n kempen jualan produk berasaskan nanas di sini kelmarin.

Kempen selama sebulan bermula 1 hingga 31 Mac itu bagi meraikan manfaat kesihatan dan kepentinga­n nanas kepada industri pertanian tempatan.

Majlis pelancaran turut menampilka­n pasaran bertemakan nanas yang menawarkan pelbagai produk nanas untuk dijual iaitu daripada nanas segar kepada jem nanas, jus serta makanan berasaskan nanas.

Pengunjung juga berpeluang membeli produk-produk nanas berkualiti tinggi terus daripada petani dan pengeluar tempatan.

Ketua Pengarah

LPNM Mohd Khairuzamr­i M Salleh berkata, penanam nanas di Malaysia dan Sarawak boleh menjana pendapatan lumayan antara RM3,000 dan RM5,000 sebulan.

Katanya, menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) lebih 80 peratus penanam nanas di Malaysia

keluar daripada kategori B40 di mana pendapatan mereka melebihi RM5,000 sebulan.

“Varian nanas Sarawak Gold 1 (SG 1) hanya mengambil masa kira-kira sembilan bulan untuk matang bermakna petani kini boleh menuai nanas SG 1 dalam tempoh yang agak singkat berbanding varieti lain yang mengambil masa lebih daripada satu tahun,” katanya berucap pada majlis tersebut.

Mohd Khairuzamr­i juga optimis dalam beberapa tahun akan datang, industri nanas di Sarawak terus berkembang dan Sarawak bakal muncul sebagai pengeluar nanas nombor satu di Malaysia mengatasi Johor.

Hadir sama Temenggung Elizabeth Deng, Pengarah LPNM Bahagian Pembanguna­n Pemasaran Wan Mohd Adiasrol Wan Hussain, Pengarah LPNM Bahagian Khidmat Pengurusan Rosmizam Md Yusof, Pengarah LPNM Sarawak Mohammad Suffian Sahmat, ketuaketua masyarakat dan pegawai kerajaan.

 ?? ?? LANCAR: Mohd Khairuzamr­i (enam kiri), bersama pegawai kanan LPNM dan ketua masyarakat pada majlis pelancaran kempen produk berasaskan nanas di Miri kelmarin.
LANCAR: Mohd Khairuzamr­i (enam kiri), bersama pegawai kanan LPNM dan ketua masyarakat pada majlis pelancaran kempen produk berasaskan nanas di Miri kelmarin.
 ?? ?? TEMA UTAMA: Beberapa produk berasaskan nanas untuk dijual pada kempen pelancaran tersebut.
TEMA UTAMA: Beberapa produk berasaskan nanas untuk dijual pada kempen pelancaran tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia