Utusan Borneo (Sarawak)

Ambil balik hak autonomi kesihatan dan pendidikan

Sarawak perlu tadbir sendiri kedua-dua bidang itu kerana kerajaan pusat tidak tahu keperluan negeri ini: Dr Soon

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Sarawak perlu mengambil balik hak autonomi kesihatan dan pendidikan­nya bagi mentadbir sendiri kedua-dua bidang itu di negeri ini.

Penasihat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong Datuk Dr Soon Choon Teck berkata, ini sangat penting kerana kerajaan pusat tidak tahu tentang keperluan negeri ini.

“Mereka tidak tahu apa yang diperlukan kita misalnya keperluan doktor di sesebuah hospital mahupun klinik.

“Begitu juga dalam pendidikan, adalah lebih baik Sarawak memiliki autonominy­a sendiri kerana hanya kita sebagai orang tempatan tahu apa keperluan kita,” katanya berucap pada majlis hari jadinya yang ke-81 anjuran SUPP Cawangan Dudong dan Sibu Jaya di sini, kelmarin.

Beliau turut memberitah­u bahawa perjuangan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan timbalanny­a Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menuntut hak kedua-dua autonomi tersebut sesuatu usaha yang harus disokong demi kebaikan Sarawak.

Tegasnya, ini adalah untuk menjadikan Sarawak yang lebih baik dalam kedua-dua bidang tersebut untuk generasi akan datang.

“Kita berharap akan dapat balik hak autonomi kita supaya kita boleh membuat keputusan sendiri kerana hanya kita sendiri sahaja yang tahu keperluan kita di Sarawak,” tegasnya.

Menyentuhm­engenaipem­babitannya dalam politik, Dr Soon berkata, beliau mula menyertai SUPP pada 1962 ketika berusia 19 tahun.

Menurutnya, pada 1989 beliau dilantik sebagai ahli Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) dan kemudian pada 1990 beliau disyorkan menjadi calon SUPP di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong oleh mendiang Tan Sri Dr Wong

Soon Kai.

Pada Pilihan Raya Negeri 1991, beliau memenangi kerusi DUN Dudong buat kali pertama penampilan­nya dalam politik.

“Saya sudah 62 tahun dalam SUPP sehingga kini dan saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada ahli parti Iban yang telah menyokong saya.

“Tanpa sokongan anda, saya mungkin tidak dapat menjadi wakil rakyat selama 20 tahun di Dudong,” tambahnya.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik Premier Sarawak William Anut, Pengerusi SUPP Cawangan Dudong Wong Ching Yong, Pengerusi SUPP Cawangan Sibu Jaya Datuk Matthew Chen, Pengerusi Unit Bumiputera SUPP Cawangan Dudong Penghulu Paing Tawi dan pengerusi pengelola Lee Hui Shing.

“Mereka tidak tahu apa yang diperlukan kita misalnya keperluan doktor di sesebuah hospital mahupun ” klinik. Datuk Dr Soon Choon Teck Penasihat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong

 ?? ?? SEMOGA PANJANG UMUR: Dr Soon (lima kanan) bersama yang lain meraikan sambutan hari jadinya yang ke-81 di Sibu, kelmarin.
SEMOGA PANJANG UMUR: Dr Soon (lima kanan) bersama yang lain meraikan sambutan hari jadinya yang ke-81 di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia