Utusan Borneo (Sarawak)

Menyantuni golongan memerlukan juga eratkan hubungan masyarakat: Pang

-

BINTULU: Membantu golongan yang memerlukan adalah usaha terbaik untuk meringanka­n beban hidup mereka, sekali gus dapat mengeratka­n hubungan antara penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang berkata, pendekatan itu bukan sahaja meningkatk­an amalan baik dalam kalangan masyarakat bahkan menyantuni masyarakat yang ada terutama yang daif.

“Kita membantu dan meluangkan masa bersamasam­a ketika berbuka puasa, berkongsi pengalaman dan ilmu agama untuk saling memberi sokongan dan inspirasi antara satu sama lain adalah usaha yang dapat mengeratka­n hubungan dan membantu masyarakat memerlukan,” ujarnya.

Justeru Pang berharap program seumpamany­a bukan sahaja menerapkan perkongsia­n ilmu dalam aktiviti diadakan bahkan memberi kesedaran mengenai

usaha saling membantu, berkongsi rezeki dengan memastikan bantuan makanan diberikan kepada golongan memerlukan dimanfaat sepenuhnya tanpa berlaku pembaziran.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Putra Kasih Ramadan 2024 1445 Hijrah Universiti

Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) di Masjid Assyakirin Bahagian Bintulu, petang kelmarin.

Hadir sama ADUN Jepak Iskandar Turkee, Pengarah Kampus UPMKB Prof Madya Dr Shahrul Razid Sarbini, pengurusan dan para pelajar UPMKB serta pengurusan Masjid Assyakirin Bahagian Bintulu.

Dalam perkembang­an lain, Pang melihat unsurunsur murni golongan penyumbang yang berusaha menyantuni semua lapisan masyarakat dan menghormat­i perbezaan hidup setiap orang dalam masyarakat.

Beliau menghargai dan berterima kasih kepada pelajar Kursus QKK2101 Bakti Siswa Kumpulan 4 UPMKB dengan kerjasama Masjid Assyakirin Bahagian Bintulu dan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB) menganjurk­an program itu.

Selain sumbangan berupa makanan dan majlis berbuka puasa bersama, aktiviti utama lain dalam mengimarah­kan masjid dan bulan Ramadan yang diadakan dalam program itu ialah sesi kuiz edisi Ramadan, Sayembara Putra Azan, Kreatif Poster Ramadan dan Kad Hari Raya, Pertanding­an Bercerita, ‘Ramadan 2024: Jom Masak Sedap Bersama Cef’ dan lain-lainnya.

 ?? ?? SUMBANGAN: Pang (dua kiri) bersama Iskandar (tiga kiri) dan Shahrul (dua kanan) menyerahka­n makanan sampingan untuk dimakan bersama juadah utama pada majlis berbuka puasa kepada anak-anak yang juga peserta program tersebut kelmarin.
SUMBANGAN: Pang (dua kiri) bersama Iskandar (tiga kiri) dan Shahrul (dua kanan) menyerahka­n makanan sampingan untuk dimakan bersama juadah utama pada majlis berbuka puasa kepada anak-anak yang juga peserta program tersebut kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia