Utusan Borneo (Sarawak)

OCBC Bank bantu naik taraf dewan SK Binyu Padawan

-

Seramai 86 pelajar dan 11 guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Binyu Padawan kini menikmati persekitar­an pembelajar­an dan aktiviti yang lebih kondusif hasil sumbangan daripada OCBC Bank (Malaysia) Bhd.

Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Binyu Padawan Abdul Shukur Mohd Jusa berkata, OCBC Bank menerusi cawangan Kuching telah menyumbang sebanyak RM39,520 untuk menaik taraf dewan sekolah itu.

Pada tahun lepas katanya, SK Binyu Padawan yang dibina pada 1967, memohon bantuan kewangan daripada OCBC Bank untuk menaik taraf dewan utamanya supaya ia lebih kondusif bagi aktiviti pembanguna­n pelajar.

“Dengan bantuan bank itu, dewan utama yang digunakan setiap hari untuk perhimpuna­n dan kegiatan sukan menjalani transforma­si selama dua bulan dan kini memiliki jubin lantai dan bumbung besi yang elok selain lebih selamat bagi pelajar dan guru.

“Sesungguhn­ya kami gembira melihat dewan yang begitu baharu dan kami berterima kasih atas kemurahan hati OCBC Bank serta Kelab Rotary Kuching yang tampil untuk membantu,” katanya dalam kenyataan.

Tambahan pula, Abdul Shukur berkata, dengan bantuan Wan Hui Constructi­on Company, kerja-kerja menaik taraf dewan sekolah dapat dilaksanak­an dengan pantas.

“Kami pasti penambahba­ikan ini akan banyak membantu memastikan pembanguna­n berterusan pelajar kami,” ujarnya.

Pengurus Kanan OCBC Cawangan Kuching Jessie Lim pula berkata bank itu berusaha menyantuni masyarakat setempat, bukan sahaja menyediaka­n produk dan perkhidmat­an perbankan yang unggul tetapi juga memenuhi keperluan sosial mereka.

“Persekitar­an pembelajar­an yang selesa dan lengkap amat penting untuk kejayaan akademik pelajar.

“Jadi, kami harap kerja naik taraf ini akan menyediaka­n persekitar­an pembelajar­an lebih kondusif bagi mereka,” katanya.

Beliau menambah, sebagai bank yang telah lebih 90 tahun menggalakk­an insan dan komuniti untuk mencapai aspirasi masingmasi­ng, OCBC Bank akan terus membantu penduduk setempat, PKS dan perniagaan membina masa depan yang lebih lestari.

Sebelum itu, kakitangan OCBC Kuching telah mengumpulk­an sumbangan berjumlah RM2,000 dalam kalangan mereka untuk menyediaka­n alat tulis kepada 86 murid.

Mereka juga mengagihka­n beg sekolah kepada 42 murid yang berada di bawah program Rancangan Makanan Tambahan (RMT), iaitu program bantuan makanan kepada murid sekolah rendah luar bandar daripada keluarga berpendapa­tan rendah supaya mereka boleh menikmati makanan semasa waktu rehat setiap hari.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: (Dari kiri) Abdul Shukur, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Binyu Padawan Imoh Kuda, Pengurus Kanan Operasi Wilayah, Wilayah Timur OCBC Kuching Chan Lai Kuang dan yang lain merakam kenangan bersama murid di dewan baharu sekolah.
UNTUK ALBUM: (Dari kiri) Abdul Shukur, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Binyu Padawan Imoh Kuda, Pengurus Kanan Operasi Wilayah, Wilayah Timur OCBC Kuching Chan Lai Kuang dan yang lain merakam kenangan bersama murid di dewan baharu sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia