Utusan Borneo (Sarawak)

Gree Malaysia catat prestasi jualan luar biasa

Produk pendingin hawa, khidmat selepas jualan laris meskipun persaingan harga hebat dalam pasaran

- Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan KTS

KUCHING: Gree Malaysia telah mencatatka­n prestasi jualan yang luar biasa untuk produk pendingin hawa dan perkhidmat­an selepas jualannya meskipun terdapat persaingan harga yang hebat dalam pasaran.

Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan KTS Temenggung Dato Vincent Lau berkata, dengan sokongan padu daripada ibu pejabat syarikat di China dari segi penjenamaa­n dan kemajuan teknologi, perkongsia­n rapat antara operasi China dan Malaysia akan memberikan nilai unik kepada pengguna serta memupuk hubungan yang berpanjang­an.

“Sejak KTS mengambil alih peranan pengedar tunggal Gree untuk pendingin hawa di Malaysia pada 2006, kami telah mengharung­i pelbagai cabaran dan ujian yang belum pernah berlaku sebelum ini termasuk pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ‘Gree Night 2024’ di KTS Garden di sini, malam kelmarin.

Sehubungan itu, Lau berterima kasih kepada usaha tidak berbelah bahagi pengedar syarikat di seluruh negara dan Brunei dalam mempromosi­kan produk pendingin hawa jenama Gree kepada pengguna.

Sejak KTS mengambil alih peranan pengedar tunggal Gree untuk pendingin hawa di Malaysia pada 2006, kami telah mengharung­i pelbagai cabaran dan ujian yang belum pernah berlaku sebelum ini termasuk pandemik COVID-19.

“Meskipun menghadapi cabaran ini, bukan sahaja kami tabah bahkan kami juga beroleh kejayaan dan kerana itu, kami ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada sokongan padu peniaga dan kepercayaa­n pengguna kami,” katanya.

Sementara itu, Naib Pengurus Besar (Syarikat Jualan Luar Negara Gree) Owen Li Zi Peng menekankan komitmen Gree untuk membangunk­an rangkaian produk penjimatan tenaga dan pintar bagi memenuhi keperluan yang pelbagai seperti ‘Residentia­l

Air Conditione­r Pure Master Series’ yang dilancarka­n tahun lepas.

Selain pendingin hawa, beliau berkata, Gree turut menyediaka­n rangkaian peralatan rumah seperti peti sejuk, mesin basuh dan pembersih udara.

“Perjalanan Gree masih jauh dan panjang. Meskipun demikian, syarikat kami kekal teguh dalam mengejar inovasi diri dan komited dalam usaha mencipta lebih banyak cerita ‘Made in China, Loved by the World’,” katanya.

Menurut Li, Gree telah

diiktiraf kerana teknologi dan inovasinya yang cemerlang, termasuk pencapaian perintisny­a dalam pendingin hawa dan peralatan pemelihara­annya.

“Pada 2023, Gree berjaya sekali lagi ke senarai berprestij Forbes Global 2000 dengan berada di kedudukan 331, peningkata­n ketara sebanyak 25 tempat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Justeru, saya ingin merakamkan penghargaa­n ikhlas kepada semua peniaga dan rakan kongsi Gree yang sentiasa bersama kami.

“Terima kasih atas usaha

Temenggung Dato Vincent Lau

tanpa henti dan sokongan anda yang tidak berbelah bahagi sepanjang tahun lalu,” kata beliau.

Turut diadakan pada majlis itu ialah penyampaia­n anugerah pencapaian tinggi bagi tahun 2022 dan 2023 kepada pengedar Gree Malaysia di negara ini, cabutan bertuah dan persembaha­n kebudayaan.

 ?? ?? TAHNIAH: Lau (dua kiri) menyampaik­an anugerah pencapaian tinggi kepada pengedar pendingin hawa Gree pada majlis ‘Gree Night 2024’ di KTS Garden, malam kelmarin. Turut kelihatan, Li dua kanan), Pengurus Gree Malaysia Benny Lau (kiri) dan Pengarah Amelia Lau.
TAHNIAH: Lau (dua kiri) menyampaik­an anugerah pencapaian tinggi kepada pengedar pendingin hawa Gree pada majlis ‘Gree Night 2024’ di KTS Garden, malam kelmarin. Turut kelihatan, Li dua kanan), Pengurus Gree Malaysia Benny Lau (kiri) dan Pengarah Amelia Lau.
 ?? ?? AMANAT: Lau menyampaik­an ucapan pada majlis ‘Gree Night 2024’ di KTS Garden, malam kelmarin.
AMANAT: Lau menyampaik­an ucapan pada majlis ‘Gree Night 2024’ di KTS Garden, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia