Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan pertikaika­n keakraban, ukhuwah setiap kaum

-

Jangan pertikaika­n keakraban dan ukhuwah setiap kaum di sini dalam membentuk perpaduan masyarakat yang saling membantu dalam merealisas­ikan apa juga program dan aktiviti bersama.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu menyeru setiap kaum di negeri ini terus mengamalka­n perpaduan kaum seperti yang wujud sejak sekian lama.

“Tiada siapa dapat mempertika­ikan keharmonia­n menjadi amalan masyarakat berbilang kaum di negeri ini terutama masyarakat kita di Betong ini yang mementingk­an perpaduan.

“Kita amat bertuah kerana ketiga-tiga kaum di sini sentiasa bersatu dalam apa juga penglibata­n aktiviti dianjurkan lebih-lebih lagi pada musim perayaan.

“Umpamanya penganjura­n Bazar Ramadan Betong memberi impak positif kepada masyarakat setempat berniaga di mana pelanggan mereka bukan sahaja kalangan masyarakat Islam malah

kaum-kaum lain turut mengambil kesempatan membeli juadah dijual tanpa khuatir,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis ringkas penyampaia­n cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Fasa 1/2024 kepada Masjid, Surau dan JKKK Kampung Melayu di Dewan Al Husna Masjid Jamek Betong di sini semalam.

Sebanyak enam kampung Melayu di sini menerima

sumbangan dana untuk JKKK, masjid dan surau masing-masing termasuk Jawatankua­sa Kebajikan Kampung Melayu Betong berjumlah keseluruha­n RM140,000 menerusi dana MRP ADUN Layar itu.

Rentap berkata, dengan adanya kerjasama dan semangat perpaduan kaum kerajaan dapat merencana pembanguna­n secara menyeluruh.

“Jika tiada kerjasama daripada semua pihak, ia akan

merencatka­n kemajuan dan perancanga­n pembanguna­n dalam kawasan kampung kita di sini.

“Oleh itu, saya amat mengharapk­an ketua-ketua kampung dan masyarakat di sini bersatu dalam membentuk satu pasukan kuat demi pembanguna­n berterusan.

“Sokongan tidak berbelah bahagi rakyat dapat mempercepa­t pembanguna­n dalam kawasan masing-masing bagi menyokong hasrat Premier

Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu menjadikan wilayah Sarawak maju dan semua rakyat menikmati kemakmuran ekonomi, keterangku­man sosial dan alam sekitar mapan menjelang 2030.

“Oleh itu, kita amat menekankan kepentinga­n pendidikan kepada semua rakyat Sarawak terutama penduduk Betong supaya dapat merebut peluang dalam pendidikan mahupun pekerjaan bagi merubah kehidupan masing-masing.

“Pemimpin masyarakat juga perlu membantu memajukan pendidikan dengan memberi keutamaan dalam menggerakk­an anak kampung merebut peluang yang kerajaan sediakan,” jelasnya.

Turut hadir Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu, Penghulu Kampung Melayu Betong Abang Suhailie Abang Pay, Ahli Majlis Daerah Betong Kaunselor Horace Entoi, Kaunselor Abdul Rahim Jaini, ketua-ketua kampung dan pengerusi surau.

 ?? ?? PENERIMA: Rentap bersama barisan penerima pada majlis tersebut di Betong kelmarin.
PENERIMA: Rentap bersama barisan penerima pada majlis tersebut di Betong kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia