Utusan Borneo (Sarawak)

Kemudahan Makam Rentap wajar dinaik taraf

Langkah ini amat penting sebagai salah satu cara menghargai pahlawan terbabit: Edwin

- Oleh Kepu Sidi

Kita sebagai penduduk di kawasan ini amat berharap agar jalan utama menuju ke makam ini dinaik taraf kerana pada masa kini jalan ke tempat bersejarah ini masih jalan batu.

SARIKEI: Kemudahan infrastruk­tur merangkumi jalan raya dan persekitar­an Makam Pahlawan Iban, Rentap di Bukit Sibau Wak, Pakan wajar dinaik taraf.

Pengerusi Pengelola Program Jelajah Makam Pahlawan Iban Rentap, Edwin Bandang berkata langkah ini amat penting sebagai salah satu cara menghargai pahlawan terbabit.

“Kita sebagai penduduk di kawasan ini amat berharap agar jalan utama menuju ke makam ini dinaik taraf kerana pada masa kini jalan ke tempat bersejarah ini masih jalan batu.

“Kita percaya jika jalan ke makam ini selesa dan dinaik

taraf ia mampu menarik lebih ramai pengunjung ke makam ini untuk melihat sendiri tapak bersejarah ini, terutama pejuang Iban terkenal ini

menggadai nyawa mempertaha­nkan tanah air daripada penjajah.

“Makam ini adalah satu ikon terkenal di kawasan ini dan juga mampu menjadi salah satu tarikan kepada pengunjung dari luar datang ke sini dan sekali gus mempromosi­kan sektor ekopelanco­ngan di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Ekspedisi Lumbung Rentap di Bukit Sibau, Pakan anjuran SEBERKAS Pakan, semalam.

Menurut Edwin, kawasan di persekitar­an makam juga perlu dijaga dan dipulihara dengan baik oleh semua pihak.

Katanya, usaha seumpama ini merupakan sebahagian daripada cara dalam menghargai dan mengenang jasa pahlawan ini.

“Selain itu, sebagai langkah sampingan terhadap usaha ini kita berharap rumah panjang lama iaitu Rumah Rachak Padang di Nyalak Ladong diangkat menjadi tempat inap desa kawasan ini.

“Rumah ini amat sesuai dijadikan sebagai inap desa kerana ini mempunyai ciri-ciri tradisiona­l rumah panjang masyarakat Iban dahulu.

“Kita yakin gabungan ini mampu menarik lebih ramai pengunjung dari luar datang ke Pakan dan mampu menjadi platform kepada masyarakat di sini meningkatk­an taraf ekonomi,” jelasnya.

Seramai 327 orang menyertai ekspedisi itu.

Edwin Bandang Pengerusi Pengelola Program Jelajah Makam Pahlawan Iban Rentap

 ?? ?? ADAT: Edwin (duduk, tiga kiri) bersama rombongan ekspedisi melakukan upacara ‘miring’ bagi memohon berkat terhadap program dijalankan.
ADAT: Edwin (duduk, tiga kiri) bersama rombongan ekspedisi melakukan upacara ‘miring’ bagi memohon berkat terhadap program dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia