Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n berterusan kawasan memberi impak kemajuan rakyat: Dr Richard

-

Usaha barisan wakil rakyat dalam membawa pembanguna­n berterusan dalam kawasan masing-masing memberi impak kepada kemajuan dan kesenangan rakyat.

Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu berkata kerancakan pembanguna­n terhasil adalah berkat usaha pemimpin terdahulu berterusan sehingga kini.

“Kemajuan kita kecapi hari ini merupakan sumbangan amat bermakna dipersemba­hkan untuk rakyat nikmati dan kita usahakan secara berterusan.

“Sebagai wakil di peringkat persekutua­n, saya akan terus bekerjasam­a dengan ADUN kawasan dalam memberi kemudahan kepada rakyat dalam kawasan Betong ini.

“Oleh yang demikian kerjasama rakyat dalam memberi sokongan dan membantu usaha merancakka­n pembanguna­n dalam kawasan masingmasi­ng amat diperlukan.

“Kerajaan menerusi ADUN Layar meluluskan projek khas untuk pembinaan longkang di Kampung Melayu Betong dekat sini.

“Projek di bawah Kementeria­n Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) itu memberi impak kepada enam Kampung Melayu di sini memastikan longkang lebih sempurna untuk kampung agar kebersihan dan keindahan kampung terpelihar­a.

“Kos menyiapkan projek ditetapkan berjumlah RM100,000 bagi setiap sebuah kampung,” katanya pada majlis penyerahan dana kepada Persatuan serta Masjid dan Surau Kampung Melayu Betong di Dewan Al Husna, Masjid Jamek Betong di sini semalam.

Peruntukan keseluruha­n berjumlah RM61,000 diserahkan kepada pengerusi masing-masing bagi pelaksanaa­n aktiviti kampung dan surau menjelang musim perayaan.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu, Penghulu Kampung Melayu Betong Abang Suhailie Abang Pay, Ahli Majlis Daerah Betong Kaunselor Horace Entoi, Kaunselor Abdul Rahim Jaini, ketua-ketua kampung dan pengerusi surau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia