Utusan Borneo (Sarawak)

SKE 2.0 tingkat pemahaman wanita akar umbi tentang landskap politik negeri

-

Program `Sarawak Kita Empun 2.0’ (SKE 2.0) merupakan usaha untuk menerangka­n kepada wanita di peringkat akar umbi mengenai perubahan dan pembaharua­n landskap politik pada masa kini serta inisiatif kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Program ini inisiatif Majlis Tertinggi Wanita (MTW) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebagai platform untuk menyalurka­n maklumat penting dan tepat kepada rakyat khususnya golongan wanita.

Cawangan N.78 Mulu ialah cawangan ketiga yang mengadakan program ini selepas N.5 Demak Laut dan N.25 Simunjan.

Timbalan Menteri Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutua­n Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali telah hadir merasmikan penutupan program anjuran MTW dan PBB Mulu ini di salah sebuah hotel di sini, petang kelmarin.

Hasidah juga Pengerusi Jawatankua­sa Kerja SKE 2.0 dan Naib Ketua Tiga, Wanita PBB Sarawak.

Tiga topik yang dibentangk­an ialah `Senario Politik dan Inisiatif Kerajaan GPS’ oleh Bendahari PBB Sarawak merangkap Setiausaha Politik Premier Sarawak Dayang Nurfizawat­i Abang Abdul Karim, topik `Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 2030’ (PDCS2030) oleh Timbalan Ketua PBB Sarawak Datin Sri Angelina Ujang dan topik `Media Sosial’ oleh Naib Ketua Dua Wanita PBB Sarawak Umang Nang

ku Jabu.

Menurut Hasidah, topiktopik tersebut amat penting bagi mempersiap­siagakan jentera wanita PBB di peringkat cawangan dan ranting dalam persediaan awal untuk Perhimpuna­n Agung PBB Ke-16 pada tahun depan dan seterusnya Pilihan Raya Negeri Ke-13 pada 2026.

“Jentera kita terutama golongan wanita di peringkat akar umbi yang juga tulang belakang perjuangan parti dan politik memainkan peranan yang amat penting dan signifikan semasa turun padang,” jelasnya.

Beliau berharap semua peserta akan dibekalkan dengan maklumat dan pengetahua­n yang mencukupi serta jelas, tepat dan terkini untuk disebarkan kepada peringkat ranting.

Jelajah ini adalah usaha MTW turun padang berjumpa dengan wanita di peringkat cawangan, ranting dan akar umbi.

Dengan itu, MTW dapat mengenal wanita di akar umbi dengan lebih dekat dan mendengar permasalah­an serta rintihan dan menjawab soalan mengenai topik yang kurang difahami sebelum ini.

Dengan itu, tindakan dapat diambil sebelum perhimpuna­n atau pilihan raya yang akan datang.

Program SKE julung kalinya diperkenal­kan dan diadakan pada 2020.

Selepas Pilihan Raya Umum Ke 15, senario politik telah berubah sekali lagi di mana kerajaan GPS menyertai Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutua­n.

SKE 2.0 adalah program

jangka panjang di mana MTWPBB akan turun padang ke setiap cawangan DUN yang sudah bermula dari Februari lalu hingga penghujung 2025.

Objektif jelajah ini juga bertujuan menerangka­n hala tuju dan usaha terkini kerajaan GPS yang ke arah kemakmuran, inklusif dan kemampanan alam sekitar Sarawak terutama selepas menghadapi pandemik COVID-19 di mana ekonomi global telah terjejas.

Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Miri Datuk Gerawat Gala dan Ketua Penerangan Wanita PBB Sarawak merangkap Ketua Wanita PBB Mulu Datin Esther Mujan Balan.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: (Dari empat kanan) Hasidah dan Gerawat bersama para peserta SKE 2.0 yang meliputi ahli PBB cawangan Mulu selepas majlis penutupan kelmarin.
UNTUK ALBUM: (Dari empat kanan) Hasidah dan Gerawat bersama para peserta SKE 2.0 yang meliputi ahli PBB cawangan Mulu selepas majlis penutupan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia