Utusan Borneo (Sarawak)

Rugi RM8,100 terperdaya iklan pinjaman tidak wujud

Ibu Pejabat Polis Daerah Miri menerima laporan polis daripada mangsa pada Jumaat lalu, kata Alexson

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah ALEXSON ACP Alexson Naga Chabu Ketua Polis Daerah Miri

MIRI: Gara-gara terperdaya dengan sindiket pinjaman wang tidak wujud menerusi iklan pinjaman wang dalam talian, seorang lelaki berusia lingkungan 20-an mengalami kerugian berjumlah RM8,100.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Miri menerima laporan polis daripada mangsa pada Jumaat lalu.

“Mangsa terperdaya dengan satu iklan daripada laman sosial Instagram menyatakan pinjaman daripada satu institusi kewangan.

“Mangsa kemudian berurusan dengan seorang individu iaitu suspek tidak dikenali membuat pinjaman sejumlah RM30,000,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Alexson memberitah­u, mangsa membuat lima kali transaksi dalam talian sebagai pembayaran proses pinjaman, pendahulua­n, yuran pengesahan, duti setem dan bayaran yuran kedua akaun pihak ketiga.

“Mangsa hanya menyedari dirinya diperdaya dalam urusan pinjaman tersebut selepas diminta membayar lagi atas pelbagai alasan daripada suspek dan masih tidak menerima wang pinjaman tersebut.

“Ekoran itu, mangsa mengalami kerugian sejumlah RM8,100,” jelasnya.

Menurut Alexson, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun serta sebat dan denda.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai sentiasa berwaspada dan tidak mendedahka­n maklumat peribadi serta perbankan kepada orang tidak dikenali.

“Berhati-hati dan sentiasa mengambil langkah berjagajag­a apabila berurusan melalui dalam talian khasnya semasa membuat pinjaman, urusan rasmi dan berkaitan dengan perbankan serta buat semakan dan pengesahan awal kepada pihak terlibat jika perlu,” jelasnya.

Katanya, masyarakat digalakkan menghubung­i Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 jika merupakan mangsa penipuan siber seperti phone scam, love scam, e-dagang, pinjaman tidak wujud dan sebagainya.

Sekiranya anda baharu sahaja membuat transaksi pindahan wang ke mana-mana akaun keldai atau sindiket penipuan.

Selain itu, buat semakan nombor telefon dan akaun bank suspekmela­luiCheckSc­ammer CCID atau melalui laman web https://semakmule.rmp.gov. my/ sebelum membuat sebarang transaksi kewangan.

“Disarankan juga memuat turun aplikasi Whoscall melalui Google Play Store atau Apple Store, kerjasama antara Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pembangun aplikasi Whoscall membolehka­n nombor telefon tersenarai dalam pangkalan data sistem Semak Mule JSJK akan ditandakan sebagai scammer oleh Whoscall,” jelasnya.

Di samping itu, layari Facebook JSJK, Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police dan JSJK Sarawak bagi mendapatka­n maklumat modus operandi terkini penipuan.

Mangsa terperdaya dengan satu iklan daripada laman sosial Instagram menyatakan pinjaman daripada satu institusi kewangan.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia