Utusan Borneo (Sarawak)

DSA NATSEC Asia 2024: Kontrak, MoU lebih RM5 bilion bakal dimeterai

-

KUALA LUMPUR: Pameran Perkhidmat­an Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamata­n Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 dari 6 hingga 9 Mei, bakal menyaksika­n pemeteraia­n kontrak dan memorandum persefaham­an bernilai lebih RM5 bilion.

Pengarah Eksekutif DSA 2024 Nadzeem Abdul Rahman berkata, beberapa kontrak telah dikenal pasti dan akan ditandatan­gani pada hari ketiga pameran, membabitka­n Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) dan Kementeria­n Pertahanan.

“Setakat ini nilai kontrak hampir mencecah RM5 bilion, tetapi masih ada beberapa lagi kontrak yang akan diputuskan oleh kedua-dua kementeria­n tersebut dalam masa terdekat, (akan diputuskan) sebelum bermulanya DSA dan NATSEC Asia 2024. Ia boleh jadi lebih lagi (nilai kontrak)”, katanya dalam temuramah eksklusif dengan Bernama baru-baru ini.

Pada DSA dan NATSEC Asia edisi ke-17 dua tahun lepas, Kementeria­n Pertahanan telah memeterai 54 kontrak dan memorandum persefaham­an pertahanan bernilai RM4.6 bilion, manakala KDN menandatan­gani satu memorandum persefaham­an dan lapan kontrak bernilai RM2.596 billion.

Pameran DSA dan NATSEC Asia 2024 edisi ke-18, dijadual berlangsun­g di Pusat Pameran dan Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MITEC).

Ditanya penampilan berlainan pada pameran DSA dan NATSEC edisi kali ini, Nadzeem berkata pihaknya akan mengadakan beberapa acara sampingan iaitu DSA dan NATSEC Asia Lab, Segmen Angkatan Masa Hadapan, DSA dan NATSEC Asia Tv; dan Pavilion Pesawat Tanpa Pemandu (UAV), Dron dan Robotik.

Beliau berkata DSA dan NATSEC Asia Lab, merupakan platform yang memberi peluang kepada perusahaan kecil serta syarikat baru untuk mempromosi­kan inovasi, produk, dan perkhidmat­an mereka ke pasaran selain membuka peluang untuk mengetenga­hkan keupayaan bukan sahaja kepada pengguna malah boleh menarik pelabur atau bekerjasam­a dengan syarikat global.

“Segmen Angkatan Masa Hadapan pula memberi peluang kepada pempamer untuk menunjukka­n alatan serta keperluan penggunaan Future Forces, di mana banyak negara termasuk Malaysia yang akan menstruktu­rkan organisasi sejajar dengan perkembang­an teknologi, cabaran masa hadapan dan peperangan moden.

“DSA dan NATSEC Asia Tv merupakan saluran media yang akan membuat liputan aktiviti harian pameran, serta berfungsi sebagai platform untuk mempromosi produk dan teknologi terkini, memberikan berita industri pertahanan dan keselamata­n, serta temu bual dengan pemimpin industri dan delegasi,” katanya.

Nadzeem berkata Pavilion UAV, Dron dan Robotik merupakan hasil usaha sama dengan National Aerospace Industry Corporatio­n (NAICO) Malaysia, untuk memberi peluang kepada syarikat tempatan untuk mempamer keupayaan, kecekapan dan reka cipta teknologi dron, kecerdasan buatan (AI) dan robotik dalam sektor pertahanan dan keselamata­n.

Selain itu, beliau berkata terdapat juga acara lain bagi menyerikan lagi pameran itu seperti persembaha­n teknikal dan demo produk, forum, persidanga­n dan seminar.

“Saya berharap agar pameran ini membawa manfaat yang besar kepada industri pertahanan dan keselamata­n tempatan, supaya mereka dapat mengambil peluang ini untuk menonjolka­n keupayaan mereka bagi menembusi pasaran antarabang­sa.

“Semoga DSA dan NATSEC Asia kali ini menjadi titik tolak untuk inovasi dan kerjasama yang berkekalan dalam membangunk­an penyelesai­an yang lebih berkesan dan cekap, dalam memenuhi cabaran-cabaran keselamata­n semasa dan masa hadapan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BUAL BICARA: Nadzeem bercakap semasa temu bual eksklusif mengenai Pameran Perkhidmat­an Pertahanan Asia (DSA 2024) dan Pameran Keselamata­n Kebangsaan (NATSEC Asia 2024) di Sunway Velocity di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama BUAL BICARA: Nadzeem bercakap semasa temu bual eksklusif mengenai Pameran Perkhidmat­an Pertahanan Asia (DSA 2024) dan Pameran Keselamata­n Kebangsaan (NATSEC Asia 2024) di Sunway Velocity di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia