Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tahan dua lelaki, rampas 51.5 kg syabu bernilai RM2.57 juta

-

Polis percaya berjaya menumpaska­n satu sindiket pengedaran dadah jenis Methamphet­amine atau syabu dengan penahanan dua lelaki serta merampas 51.501 kilogram (kg) dadah berkenaan bernilai RM2.57 juta di sini, kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Khaw Kok Chin berkata kedua-duanya ditahan jam 4.10 petang kelmarin di dalam sebuah kereta jenis Mercedes-Benz berhampira­n sebuah bangunan di sini.

Beliau berkata, suspek pertama berusia 33 tahun bekerja sebagai operator kilang manakala suspek kedua berusia 31 tahun merupakan jurudawai elektrik.

“Hasil pemeriksaa­n pada bahagian belakang kereta itu, polis menemukan tiga bagasi di dalam setiap satunya berisi 16 hingga 17 bungkusan warna jingga, disyaki dadah jenis syabu seberat 51.501 kg.

“Polis turut merampas kereta Mercedes-Benz itu yang dianggarka­n bernilai RM53,000 manakala keseluruha­n rampasan dianggar bernilai RM2.623 juta,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar dan turut dihadiri Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Khaw berkata sindiket berkenaan dipercayai aktif kira-kira empat bulan lepas dan dadah itu dipercayai diperoleh dari negeri di Utara tanah air untuk pasaran negeri ini.

“Siasatan lanjut mendapati kedua-dua lelaki itu merupakan keldai dadah dengan suspek pertama diupah sebanyak RM50,000 manakala suspek kedua dibayar RM500 bagi membawa dadah berkenan.

“Hasil semakan mendapati suspek pertama mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan dadah manakala saringan awal air kencing mendapati kedua-duanya positif terhadap dadah,” katanya menambah dadah yang dirampas itu mampu menampung permintaan kira-kira 500,000 penagih. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMPASAN: Khaw (kanan) dan Mohd Yusri (tengah) menunjukka­n dadah jenis Methamphet­amine atau syabu pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar, semalam.
— Gambar Bernama RAMPASAN: Khaw (kanan) dan Mohd Yusri (tengah) menunjukka­n dadah jenis Methamphet­amine atau syabu pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia