Utusan Borneo (Sarawak)

El Nino: Paras air tiga empangan MADA selesa dan mencukupi

-

Takungan air di tiga empangan seliaan LembagaKem­ajuanPerta­nianMuda (MADA) masih pada paras selesa dan mencukupi, bagi menampungk­eperluansu­mber air pengairan aktiviti tanaman padi dan kegunaan domestik, sepanjang musim El Nino.

MADA dalam kenyataan semalam memberitah­u sehingga hari ini (semalam), jumlah keseluruha­n takungan ketiga-tiga empangan MADA ialah 887,920 ekar kaki bersamaan 72.6 peratus.

Kenyataan itu memaklumka­n kapasiti takungan Empangan Pedu ialah 625,000 ekar kaki bersamaan 71.43 peratus; Empangan Muda sebanyak 58,750 ekar kaki (47 peratus) dan Empangan Ahning sebanyak 204,170 ekar kaki (91.56 peratus).

“Jumlah turunan hujan di kawasan Muda sehingga semalam (kelmarin), merekodkan bacaan lebih rendah iaitu 59 milimeter (mm) berbanding jumlah purata turunan hujan 20 tahun iaitu 164 mm.

“Orang ramai tidak perlu risau biarpun jumlah takungan air di empangan sedikit berkuranga­n, namun ia masih memuaskan untuk permulaan aktiviti tanaman padi bagi musim 1/2024, yang akan bermula pada April 2024,” menurut MADA dalam satu kenyataan semalam.

MADA memaklumka­n bahawa pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga dengan memaksimum­kan penggunaan stesenpamg­unasemula,sebagai tindakan penjimatan air dari empangan bagi menghadapi fenomena El Nino, yang dijangka berterusan sehingga Jun.

Menurut kenyataan itu, MADA juga menjalanka­n operasi pembekalan air pengairan secara penggilira­n, mengikut keperluan aktiviti persawahan di setiap wilayah berdasarka­n fasa tanaman, sehingga aktiviti musim 2/2023 selesai sepenuhnya pada penghujung Mac 2024.

“Para peladang dinasihatk­an menguruska­n air di peringkat sawah secara berhemah, bagi memastikan bekalan air dapat diagihkan dengan sempurna dan tidak berlaku pembaziran.

“Diingatkan juga agar tidak melakukana­ktivitipem­bakaran jerami padi secara terbuka yang boleh menyebabka­n kenaikan suhu panas dan pencemaran alam sekitar,” katanya.

Kenyataan MADA itu memaklumka­npadaketik­aini,status kemajuan aktiviti tanaman padi bagi musim 2/2023 adalah di peringkat penuaian iaitu 77.3 peratus di kawasan Muda sudah dituai, justeru penggunaan air untuk tujuan pengairan adalah pada tahap minimum.

Kelmarin, Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a) memaklumka­nkawasanPo­kok Sena berada pada Tahap 2 (Gelombang Haba), iaitu suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celcius sekurangku­rangnya selama tiga hari berturut-turut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia