Utusan Borneo (Sarawak)

5,000 peket bubur lambuk diagih di Parlimen Sungai Buloh Ramadan ini

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,000 peket bubur lambuk akan diagihkan di bazar Ramadan, surau dan masjid sekitar Parlimen Sungai Buloh, sepanjang bulan Ramadan ini, kata Timbalan Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata, pengagihan bubur lambuk secara percuma itu bagi menyemarak­kan lagi suasana bulan Ramadan di Sungai Buloh, kerana sudah menjadi kelaziman ia menjadi juadah istimewa semasa berbuka puasa.

“Semalam (kelmarin), saya mengedarka­n sendiri bubur lambuk kepada warga Sungai Buloh untuk bertemu mereka atas semangat perpaduan dan kebersamaa­n, cukup meriah bersama mereka dan sebanyak 500 (peket) bubur lambuk telah diagihkan di Bazar Ramadan Saujana Utama dan 250 (peket) lagi di masjid dan surau sekitar kawasan terbabit,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ramanan berkata, beliau turut berkesempa­tan menyantuni peniaga, beramah mesra bersama pengunjung bazar Ramadan serta menghulurk­an duit raya kepada kanak-kanak.

Beliau berkata, selain mengedarka­n bubur lambuk, Pusat Khidmat Parlimen Sungai Buloh telah mengatur dan menyusun

pelbagai program untuk masyarakat Islam di kawasan itu, antaranya program berbuka puasa bersama asnaf, program bersama anak-anak muda dan anak yatim serta

program agihan zakat.

Ramanan juga berkata beliau akan meneruskan penyaluran sumbangan gaji beliau sebagai Ahli Parlimen kepada masjid-masjid di

Kawasan Sungai Buloh.

“Ini komitmen saya sejak dilantik sebagai Ahli Parlimen dan akan diteruskan selagi menjadi Ahli Parlimen di sini,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? MERIAH: Ramanan mengagihka­n bubur lambuk secara percuma kepada orang ramai sebagai juadah berbuka puasa dalam usaha menyemarak­kan suasana Ramadan di kawasan parlimen, Sungai Buloh, semalam.
— Gambar Bernama MERIAH: Ramanan mengagihka­n bubur lambuk secara percuma kepada orang ramai sebagai juadah berbuka puasa dalam usaha menyemarak­kan suasana Ramadan di kawasan parlimen, Sungai Buloh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia