Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita Orang Asli berjaya bina rumah hasil jualan di TikTok

Hasilkan produk berasaskan kacip fatimah, tongkat ali dan madu

- Wanita Orang Asli

Pada awalnya saya ragu-ragu boleh ke nak buat tapi selepas pertama kali buat dan melihat hasil komisen yang dapat, rasa semangat itu datang dan tanpa berfikir panjang saya buat secara konsisten.

TEMERLOH: Tidak sampai setahun aktif berniaga, wanita Orang Asli dari Suku Jahut ini bakal memiliki rumah impiannya Mei ini yang dibina hasil jualan menerusi TikTok.

Walaupun hanya rumah kecil untuk berteduh seisi keluarga, namun sudah cukup memberikan kepuasan kepada Nur Rafidah Man, 26, dari Kampung Penderas, Kuala Krau di sini.

Beliau yang mula berniaga sejak November lepas dengan menghasilk­an produk sendiri berasaskan sumber hutan seperti kacip fatimah, tongkat ali dan madu, tidak menyangka perkongsia­n rutin harian, adat resam Orang Asli serta pemandanga­n suasana di kampungnya di aplikasi itu telah membuka pintu rezeki.

Menggunaka­n akaun @ Jungle Girl, ibu kepada anak perempuan berusia enam tahun itu kini menjana penda

patan yang memuaskan dengan hampir 60,000 pengikut di TikTok.

Nur Rafidah berkata, keyakinan untuk berniaga melalui TikTok timbul selepas menjalani bengkel multimedia dan perniagaan digital anjuran guru pendidikan khas integrasi Sekolah Menengah Kebangsaaa­n (SMK) Kuala

Krau, sekitar Jun dan Ogos tahun lepas.

“Pada awalnya saya raguragu boleh ke nak buat tapi selepas pertama kali buat dan melihat hasil komisen yang dapat, rasa semangat itu datang dan tanpa berfikir panjang saya buat secara konsisten.

“Selepas itu, saya mula berani pula berniaga secara ‘affiliate’ (menjadi ejen) dengan melibatkan aktiviti promosi dan jualan secara langsung produk lain seperti makanan dan penjagaan kulit untuk mendapatka­n komisen sampingan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Menurutnya, antara yang dipelajari daripada bengkel tersebut ialah kaedah merakam video dan penyunting­an, pemilihan tajuk kandungan video yang menarik selain turut disediakan peralatan seperti mikrofon nirkawat, lampu dan tripod.

Bertitik tolak daripada itu, beliau yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu kantin sekolah cuba menghasilk­an produk sendiri berasaskan

Nur Rafidah Man

sumber hutan.

“Saya tidak menjangkak­an percubaan saya itu berhasil dan tidak pernah terfikir mampu menjana pendapatan lebih banyak berbanding pekerjaan dahulu,” katanya yang telah menjual 9,000 unit produknya seperti minyak herba, jamu dan madu.

Sementara itu, guru Multimedia Pendidikan Khas Integrasi SMK Kuala Krau Mohammad Hazeem Azemi berkata, Rafidah adalah antara 43 orang daripada kumpulan pertama Orang Asli yang mendapat manfaat daripada kemudahan studio multimedia di sekolah berkenaan.

Beliau berkata, walaupun studio tersebut khusus untuk pelajar pendidikan khas, namun kedudukan SMK Kuala Krau yang terletak di luar bandar iaitu kira-kira 35 kilometer dari bandar Temerloh, mendorong pihak sekolah membuka kemudahan itu kepada penduduk setempat termasuk Orang Asli.

“Saya percaya guru bukan sahaja mampu mengubah pemikiran murid tetapi juga mampu membantu meningkatk­an sosioekono­mi komuniti setempat,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BIJAK: Nur Rafidah yang berasal dari Kampung Penderas, Kuala Krau di Temerloh mula aktif berniaga sejak Nov lepas di Tiktok dengan menghasilk­an produknya sendiri berasaskan sumber hutan seperti Kacip Fatimah, Tongkat Ali dan maduk, semalam.
— Gambar Bernama BIJAK: Nur Rafidah yang berasal dari Kampung Penderas, Kuala Krau di Temerloh mula aktif berniaga sejak Nov lepas di Tiktok dengan menghasilk­an produknya sendiri berasaskan sumber hutan seperti Kacip Fatimah, Tongkat Ali dan maduk, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? BANGGA: Nur Rafidah dan suaminya, Rihan berbangga apabila bakal memiliki rumah impian pada Mei depan yang dibina hasil keuntungan jualan yang diperolehi di dalam platform media sosial, TikTok di Temerloh, semalam.
— Gambar Bernama BANGGA: Nur Rafidah dan suaminya, Rihan berbangga apabila bakal memiliki rumah impian pada Mei depan yang dibina hasil keuntungan jualan yang diperolehi di dalam platform media sosial, TikTok di Temerloh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia