Utusan Borneo (Sarawak)

Penglibata­n syarikat korporat dalam wakaf semakin dapat sambutan

-

Penglibata­n syarikat korporat dalam projek wakaf yang dikendalik­an Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), kini semakin mendapat sambutan sekali gus menyumbang dalam memperkasa­kan pembanguna­n ekonomi negara.

Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) Datuk Selamat Paigo berkata, perkara itu berikutan kesedaran masyarakat mengenai manfaat wakaf, yang boleh dinikmati seluruh ummah.

“Wakaf merupakan kaedah yang lebih hebat daripada instrumen lain, kerana wakaf ini boleh digunakan semua pihak yang bukan hanya boleh digunakan kepada orang Islam, tetapi merangkumi masyarakat bukan Islam juga.

“Islam itu meraikan semua masyarakat, maka manfaat yang lahir dalam berwakaf boleh digunakan untuk keharmonia­n semua dalam negara ini,” katanya kepada Bernama di sini malam kelmarin.

Pada majlis itu beliau turut menyempurn­akan penyerahan sumbangan sempena Majlis Iftar Rantaian Kasih, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif YWM Dr Ridzwan Bakar.

Seramai 113 anak yatim dan miskin daripada tiga rumah kebajikan, diraikan dalam majlis berbuka puasa anjuran YWM bersama rakan strategik, selain sumbangan keseluruha­n sebanyak RM46,300 diagihkan pada majlis itu.

Sementara itu, dalam ucapannya Selamat berkata selain memperkasa­kan wakaf di Malaysia YWM juga berperanan menyantuni golongan yang memerlukan seperti asnaf, B40 dan anak yatim, bagi memastikan mereka tidak berasa tersisih dan dapat merasai keprihatin­an masyarakat.

Beliau berkata kerjasama penganjura­n majlis itu juga bukan sahaja untuk mengeratka­n lagi kerjasama sedia ada, tetapi dapat memperluas lagi rangkaian kerjasama YWM terutama dalam sektor korporat.

“Saya sentiasa mendoakan agar kerjasama erat yang terjalin akan terus kukuh serta membuahkan hasil yang positif danimpakya­ngmampanda­lam memelihara kemaslahat­an dan pembanguna­n ekonomi ummah,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia