Utusan Borneo (Sarawak)

Penangan ‘arnab terbang terbakar’ Sharul

-

Niat membantu perniagaan rakan dalam perusahaan arnab pedaging mendorong Sharul Shanizam Abdul Rahman, 33, menjual hidangan berasaskan ternakan itu di Bazar Ramadan Stadium Perak, dekat sini.

Pemuda kelahiran Ipoh itu berkata, dia sememangny­a tidak menyangka menu dinamakan ‘Arnab Terbang Terbakar’ itu, mendapat permintaan cukup baik daripada pelanggan yang berkunjung ke bazar berkenaan.

“Asalnya niat memang nak tolong kawan, kerana perniagaan arnab pedaging yang dijalankan di Behrang kurang mendapat permintaan. Jadi di situ, timbul idea untuk membantu dan pada masa yang sama menjana pendapatan buat saya.

“Alhamdulil­lah, permintaan cukup menggalakk­an dan untuk tahun lepas sahaja kami berjaya jual sebanyak 10,000 ekor arnab bakar di bazar ini. Para pelanggan juga bukan hanya datang dari orang Melayu malah ada dalam kalangan kaum Cina yang datang membeli,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Bapa kepada dua cahaya mata itu berkata, tahun ini dia perlu menyediaka­n sekurangku­rangnya 200 ekor arnab setiap hari, bagi memenuhi permintaan para pelanggann­ya.

Tambahnya, harga ditawarkan bermula dari RM15 hingga RM65 bergantung kepada saiz atau bahagian yang dimahukan pelanggan.

“Untuk RM15 kita jual suku bahagian, kalau RM35 untuk separuh bahagian dan RM65 untuk seekor. Setiap hidangan yang dijual turut disertakan air asam atau sos lada hitam sebagai pencicah, manakala nasi kukus pula diberikan secara percuma,” katanya.

Bercerita proses menyiapkan juadah itu, Sharul berkata arnab berkenaan akan disalai terlebih dahulu sebelum dipanggang, bagi memastikan isinya masak dan memperoleh tekstur daging yang lembut serta sedap dimakan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia