Utusan Borneo (Sarawak)

Siti Dhia Batrisyia ditemui: Ibu

-

Kanakkanak yang dilaporkan hilang sejak Selasa lepas Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar, 12, ditemui selamat ketika berjalan berseorang­an di kawasan lot kedai di Sri Rampai di sini, pada jam 2.28 pagi semalam.

Ibunya Syarifah Rosfazila Syed Muhammad Fazili ketika dihubungi Bernama mengesahka­n perkara itu.

Beliau berkata, penemuan anaknya itu oleh anggota polis Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi dimaklumka­n kepadanya oleh Unit Rondaan Kawasan Rukun Tetangga Sri Rampai.

“Siti Dhia Batrisyia telah diserahkan kepada saya dan ketika ini kami berada di Hospital Kuala Lumpur bagi melakukan pemeriksaa­n kesihatan ke atas anak saya ini,” katanya.

Terdahulu beliau turut berkongsi berita melegakan itu dalam kemas kini terbaharu di Facebook kira-kira 6.45 pagi.

“Allahuakba­r…Allah Maha Besar. Dengan segala doa-doa serta pertolonga­n dari semua orang anak saya Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar telah dijumpai dengan selamat. Kami jumpa dia berjalan berseorang­an pada jam 2.28 pagi,” katanya.

Bernama sebelum ini melaporkan ibu kepada Siti Dhia Batrisyia itu percaya anak perempuann­ya bertindak keluar dari rumah di Pudu di sini disebabkan oleh perselisih­an faham.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata, setakat ini seramai lapan saksi telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes.

“Kes disiasat mengikut Kertas Enkuiri Polis (KEP) Orang Hilang dan siasatan lanjut bagi melengkapk­an siasatan sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Noor Dellhan berkata pihaknya menerima laporan polis berkenaan kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun hilang di kawasan Perumahan Awam Jalan San Peng di sini, pada 14 Mac lepas.

Menurut beliau, polis telah mengatur gerak pasukan khas untuk mengesan kanak-kanak tersebut sebaik menerima laporan dan pada jam 1 pagi semalam, kanak-kanak itu dikesan berada di sekitar Taman Sri Rampai di sini.

“Susulan maklumat tersebut, polis telah berjumpa dengan pihak Kawasan Rukun Tetangga kawasan itu bagi mendapatka­n maklumat lanjut dan pada masa sama ibu kanak-kanak itu telah menghubung­i polis memaklumka­n anaknya telah ditemui orang awam ketika sedang merayau seorang diri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia