Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki tembak mati tiga ahli keluarga

Suspek serah diri selepas beberapa jam dipujuk pihak polis, kini ditahan reman

- — AFP

TRENTON: Seorang suspek yang dikategori­kan sebagai amat berbahaya ditahan reman di New Jersey kelmarin selepas dipercayai menembak mati tiga ahli keluargany­a, menurut pihak berkuasa susulan operasi beberapa jam memburunya.

Andre Gordon, 26, menyerah diri dengan aman, menurut jurucakap Jabatan Polis Trenton Lisette Rios kepada AFP, selepas siri keganasan yang mencetuska­n perintah berlindung di dua negeri.

Pihak berkuasa berkata, Gordon yang dipercayai gelandanga­n, merampas sebuah kereta di Trenton sebelum memandu sejauh 65 kilometer ke utara pinggir bandar Philadelph­ia Levittown.

Sebaik tiba di Levittown kata polis, suspek menembak mati dua individu yang dikenal pasti sebagai ibu tirinya, 52, dan adik perempuann­ya, 13.

Tiga yang lain termasuk seorang kanak-kanak sempat bersembuny­i ketika suspek menggeleda­h rumah itu mencari mereka, menurut peguam daerah Bucks di Pennsylvan­ia Jennifer Schorn

dalam satu taklimat.

Suspek kemudian memandu ke sebuah kediaman berhampira­n yang dipecah masuk lalu membunuh seorang wanita berusia 25 tahun yang menurut Schorn ibu kepada dua anaknya, sebelum memukul ibu wanita terbabit dengan buntut raifalnya.

Mangsa bagaimanap­un dijangka pulih susulan kecederaan­nya

itu.

Memandu ke sebuah kedai berhampira­n, suspek kemudian merampas kereta milik seorang lelaki berusia 44 tahun sebelum melarikan diri.

Lelaki terbabit tidak cedera, menurut Syerif Perbandara­n Falls, Pennsylvan­ia Nelson Whitney.

Suspek kemudian memandu merentasi negeri kembali

ke Trenton di mana polis mendapati dia telah berkurung dalam sebuah rumah tiga tingkat.

Whitney berkata, suspek dipercayai bersenjata­kan raifal gempur gaya AR-15 dan digambarka­n sebagai amat berbahaya.

Selama beberapa jam mereka merayu suspek agar menyerah diri selepas pasukan SWAT memindahka­n penghuni rumah terbabit dari tingkap di tingkat dua.

“Andre, jauhi tingkap, kami tahu kamu berada di dalam, jika kamu mahu menyerah dail 911 sekarang.

“Kamu masih muda, masih banyak lagi kehidupan ini untuk kamu jalani,” laung anggota polis dari alat pembesar suara.

Lewat kemudian kelmarin Gordon ditemui di satu lagi lokasi di Trenton selepas menyelinap keluar dari rumah tersebut sebelum polis sempat mengepungn­ya, jelas Rios.

Pengarah Polis Trenton Steve Wilson berkata, Gordon tidak cedera dan sedang berjalan di jalan raya apabila seorang pegawai peronda menghampir­inya.

Disebabkan suspek melakukan jenayah merentasi negeri, pihak berkuasa persekutua­n termasuk Biro Siasatan Persekutua­n (FBI), Biro Alkohol, Tembakau, Senjatapi dan Bahan Letupan (BATFE) serta polis tempatan, daerah dan negeri turut menangani kes tersebut.

 ?? — Gambar AFP ?? SELAMAT: Anggota polis mengendong keluar seorang penghuni dari rumah yang dipecah masuk suspek di Trenton, kelmarin susulan siri serangan maut di Pennsylvan­ia.
— Gambar AFP SELAMAT: Anggota polis mengendong keluar seorang penghuni dari rumah yang dipecah masuk suspek di Trenton, kelmarin susulan siri serangan maut di Pennsylvan­ia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia