Utusan Borneo (Sarawak)

Gunung berapi di semenanjun­g Iceland meletus lagi

- — AFP

Lahar dimuntahka­n kelmarin dari rekahan baharu di semenanjun­g Reykjanes di Iceland, letusan keempat sejak Disember, menurut pihak berkuasa.

Satu letusan gunung berapi telah bermula di antara sungai Skogfell dan Hagafell di Semenanjun­g Reykjanes, menurut kenyataan daripada Pejabat Meteorolog­i Iceland (IMO).

Paparan video secara langsung menunjukka­n lahar yang menyala dan kepulan asap.

Jabatan Perlindung­an Awam dan Pengurusan Kecemasan di Iceland mengumumka­n ia telah menghantar helikopter untuk mengetahui lokasi sebenar rekahan baharu.

Beberapa minit sebelum letusan, IMO telah mengeluark­an satu kenyataan bahawa aktiviti seismik menunjukka­n terdapat peningkata­n peluang letusan.

Media tempatan melaporkan bahawa pemindahan telah dimulakan di pekan nelayan Grindavik di mana penduduk telah menerima teks pesanan ringkas menggesa mereka segera meninggalk­an kawasan tersebut.

Lira-kira 4,000 penduduk di Grindavik hanya dibenarkan untuk kembali ke rumah mereka pada 19 Februari lalu selepas dipindahka­n pada 11 November, namun tidak ramai yang kembali.

Semasa kejadian itu, beratus-ratus gegaran merosakkan bangunan dan membentuk retakan besar di atas jalan raya.

Gempa bumi itu disusuli rekahan gunung berapi pada 18 Disember yang tidak melibatkan kampung itu.

Namun satu rekahan terbuka betul-betul di hujung pekan pada Januari lalu menyebabka­n aliran lahar ke jalan raya dan memusnahka­n tiga rumah, diikuti letusan ketiga berhampira­n kampung pada 8 Februari.

Iceland mempunyai 33 sistem gunung berapi aktif, tertinggi di Eropah.

Ia terletak di Rabung Tengah Atlantik, satu retakan di dasar laut yang memisahkan plat tektonik Eurasia dan Amerika Utara.

Tapi sehingga Mac 2021, semenanjun­g Reykjanes tidak mengalami letusan selama lapan abad.

Seterusnya letusan berlaku pada Ogos 2022 dan pada Julai serta Disember 2023, menyebabka­n pakar gunung berapi percaya ia kemungkina­n permulaan era baharu aktiviti seismik di wilayah itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia