Utusan Borneo (Sarawak)

Kapal bantuan pertama tiba di Gaza

- — AFP

SEMENANJUN­G GAZA: Usaha ke arah gencatan senjata kembali diteruskan kelmarin selepas cadangan baharu daripada Hamas yang turut menyeru kemasukan lebih banyak bantuan ketika penghantar­an pertama makanan dengan kapal tiba.

Rejim Israel akan menghantar delegasi ke Qatar untuk pusingan baharu rundingan ketika meningkatk­an pelan operasi ketenteraa­n di Rafah di mana 1.2 juta daripada kira-kira dua juta populasi Gaza sedang berlindung selepas lima bulan genosid.

Badan kebajikan Amerika Syarikat (AS) World Central Kitchen berkata, pasukannya telah selesai memunggah hampir 200 tan makanan dalam penghantar­an pertama yang tiba di koridor bantuan maritim dari Cyprus.

“Kesemua kargo telah dipunggah untuk diedarkan di Gaza,” katanya dalam satu kenyataan.

Kerajaan Cyprus berkata, kapal bantuan kedua akan belayar tidak lama lagi namun

kemudian World Central Kitchen mengakui cuaca buruk menyukarka­n pelayaran kapal yang membawa 240 tan makanan itu.

Namun malangnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah melaporkan kesukaran dalam mengakses utara Gaza untuk mengagihka­n bantuan dan makanan di mana pendudukny­a terpaksa makan tumbuhan liar dan makanan haiwan.

“Doktor melaporkan mereka

tidak lagi melihat bayi bersaiz normal,” kata Dominic Allen daripada Tabung Populasi PBB (UNPF) selepas melawat kawasan tersebut.

Ketika situasi semakin genting, penderma menghantar bantuan dari udara atau laut di mana beberapa kerajaan telah memulakan penggugura­n bantuan harian dan koridor maritim baharu dibina di dermaga sementara oleh tentera Amerika Syarikat (AS).

Kementeria­n kesihatan Gaza melaporkan sekurangku­rangnya 63 orang telah terbunuh dalam tempoh 24 jam terakhir.

Awal kelmarin jurucakap kementeria­n Ashraf al-Qudra melaporkan 36 kematian akibat serangan duara ke atas sebuah rumah menempatka­n penduduk yang kehilangan tempat tinggal di Nuseirat, tengah Gaza.

ImejAFPTVm­enunjukkan sebuah bangunan musnah dibom dan Yussef Tabatibi berkata mangsa terselamat cuba mengeluark­an mayat hanya dengan mengorek puing dengan tangan.

Dalam rundingan terbaharu, Hamas mengemukak­an cadangan untuk gencatan senjata enam minggu dan pertukaran 42 tebusan Yahudi dengan penduduk Palestin yang diculik rejim, menurut pegawainya.

Setakat ini, rejim Israel telah membunuh sekurangku­rangnya 31,553 penduduk Gaza, kebanyakan­nya wanita dan kanak-kanak, menurut kementeria­n lagi.

 ?? — Gambar AFP ?? SABAR: Penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal berbaris untuk menerima sumbangan makanan daripada sebuah badan kebajikan menjelang waktu berbuka puasa di Rafah, selatan Semenanjun­g Gaza kelmarin.
— Gambar AFP SABAR: Penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal berbaris untuk menerima sumbangan makanan daripada sebuah badan kebajikan menjelang waktu berbuka puasa di Rafah, selatan Semenanjun­g Gaza kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia