Utusan Borneo (Sarawak)

Abang maut dalam kebakaran, adik sempat selamatkan diri

-

Seorang lelaki maut manakala adiknya melecur pada bahagian tangan dalam kejadian kebakaran di Felda Tersang Satu, Raub awal pagi semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Datuk Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa dalam kenyataan berkata Abd Shukur Abdullah Suhaimin, 46, meninggal dunia di tempat kejadian apabila terjatuh di bahagian belakang rumah ketika menyelamat­kan diri.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.42 pagi dan seramai 15 anggota dari Balai Bomba Raub dan Sungai Koyan diarahkan ke lokasi kejadian sejauh kira-kira 38 kilometer.

“Bomba mendapati sebuah rumah jenis sementara berkeluasa­n 3,520 kaki persegi dan sebuah rumah kekal 3,200 kaki persegi yang terletak bersebelah­an antara satu sama lain sedang marak terbakar.

“Dalam kejadian itu, Abd

Shukur dilaporkan meninggal dunia apabila terjatuh di bahagian belakang rumah ketika cuba menyelamat­kan diri sementara adiknya Abdul Hadi Abdullah Suhaimin, 39, melecur pada bahagian tangan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, anggota bomba dan pegawai perubatan sudah berusaha memberikan bantuan resusitasi kardiopulm­onari (CPR) bagi menyelamat­kan Abd Shukur tetapi gagal sementara adiknya yang melecur dirawat anggota Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS).

“Bomba berjaya mengawal kebakaran itu pada jam 2.51 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya.

“Anggaran kemusnahan akibat kebakaran itu ialah 100 peratus bagi rumah sementara manakala hanya 20 peratus bagi rumah kekal,” katanya.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia