Utusan Borneo (Sarawak)

SPRM tahan 11 individu, sita lapan kenderaan mewah milik sindiket penyeludup­an

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 11 individu disyaki terlibat dalam sindiket penyeludup­an tembakau, arak dan rokok serta menyita lapan kenderaan mewah dianggarka­n bernilai hampir RM6 juta didakwa milik mereka.

Menurut sumber, kesemua individu berkenaan berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun terdiri daripada penjawat awam, individu perantara dan tiga pemilik syarikat dengan dua daripadany­a bergelar ‘Datuk’, yang ditahan dalam operasi khas di sekitar Lembah

Klang sejak Isnin lepas.

Kenderaan mewah yang disita itu ialah dua Lamborghin­i, masing-masing satu Lexus, Mercedes-Benz, BMW, Volvo serta dua Toyota.

Sumber itu memaklumka­n operasi terbabit dijalankan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Kenderaan-kenderaan itu disita daripada beberapa individu yang berjawatan sebagai pemilik syarikat serta orang tengah yang membuat bayaran wang sogokan kepada pegawai-pegawai di sebuah agensi penguat kuasa.

“Sindiket itu juga dikesan terbabit aktiviti pengubahan wang haram dengan ‘mencuci duit’ menggunaka­n akaun perniagaan ‘syarikat hantu’ iaitu melalui pengurup wang dan syarikat pinjaman wang berlesen,” katanya.

Sumber itu berkata, kegiatan penyeludup­an sindiket terbabit dipercayai telah menyebabka­n ketirisan hasil cukai yang dianggarka­n lebih daripada RM400 juta serta melibatkan wang rasuah lebih RM8 juta kepada beberapa individu termasuk penjawat awam bagi melancarka­n kegiatan penyeludup­an.

“Sindiket ini dipercayai telah menggunaka­n modus operandi dengan menggunaka­n akaun keldai bagi melakukan transaksi pembayaran wang rasuah kepada penjawat awam yang bersekongk­ol dengan mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengarah AML SPRM Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahka­n perkara itu dan memaklumka­n kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia