Utusan Borneo (Sarawak)

Bayi maut dikelar ibu di Pasir Gudang

Ibu bayi malang tersebut ditahan reman tujuh hari sehingga 23 Mac yang dikeluarka­n oleh Majistret Suhaili Sapun di Hospital Permai, Tampoi

- CP M.Kumar

JOHOR BAHRU: Ibu kepada bayi lelaki berusia setahun enam bulan yang dipercayai maut akibat dikelar di sebuah kawasan perumahan di Pasir Gudang di sini, ditahan reman tujuh hari.

Perintah tahanan reman sehingga 23 Mac itu dikeluarka­n oleh Majistret Suhaili Sapun di Hospital Permai, Tampoi, di sini.

Ketua Polis Johor CP M.Kumar berkata, dalam kejadian jam 1.30 petang kelmarin itu, wanita berusia

Ketua Polis Johor

32 tahun berkenaan turut menghantar gambar anaknya yang berlumuran darah kepada suaminya menerusi Whatsapp.

“Sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa turut dirampas di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat dan motif kejadian masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai diharapkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan kes,” katanya dan menambah permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dilakukan hari ini (semalam).

Sementara itu dalam kes berlainan, beliau berkata pihaknya menahan lima lelaki berusia 35 hingga 48 tahun bagi membantu siasatan penemuan mayat seorang lelaki berusia 61 tahun.

Kesemua mereka katanya mempunyai rekod lampau membabitka­n kesalahan jenayah dan dadah.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemui pada jam 10.50 pagi di Taman Rinting, Masai dengan beberapa kesan luka tetakan pada tubuh.

Mayat dibawa ke HSI untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.

Sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa turut dirampas di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia