Utusan Borneo (Sarawak)

Kane pecah rekod 60 tahun untuk jaringan gol

Penyerang itu mengatasi rekod 30 gol yang dijaringka­n legenda Uwe Seelr dalam penampilan sulung

-

BERLIN: Harry Kane memecah rekod berusia 60 tahun untuk gol paling banyak pada musim sulung ketika Jamal Musiala menjaringk­an dua gol untuk membantu Bayern Munich menang 5-2 di Darmstadt dalam aksi Bundesliga Jerman pada Sabtu.

Dengan 31 gol dari 26 perlawanan liga sejak tiba dari Tottenham Hotspur pada musim panas tahun lepas, Kane memintas bintang legenda Jerman, Uwe Seelr, yang menjaringk­an 30 gol buat Hamburg dalam musim sulungnya pada 1963/1964.

Musiala juga ada mengumpan gol dalam kemenangan yang mengekalka­n harapan tipis Bayern untuk mempertaha­nkan kejuaraan liga mereka, di mana mereka kini kurang tujuh mata di belakang pendahulu liga, Bayer Leverkusen, yang boleh mengembali­kan kelebihan 10 mata di hadapan jika menewaskan Freiburg pada perlawanan lewat.

“Kami masih bersaing. Kami bekerja-keras untuk memberikan diri kami beberapa peluang dan kami mengambiln­ya,” kata kapten Bayern, Manuel Neuer, yang memuji “perbezaan dilakukan oleh Jamal dalam padang.”

Neuer bagaimanap­un kecewa kerana pasukannya bolos dua gol ketika bertemu

dengan pasukan terbawah liga dan berkata: “Kami semua harus memperbaik­inya.”

Darmstadt mengejutka­n Bayern pada minit ke-28 apabila Tim Skarke mengambil peluang dari pertahanan rapuh oleh Eric Dier untuk menjaringk­an gol dan memberikan harapan kepada pasukan tuan rumah untuk mencipta kejutan besar.

Kane bagaimanap­un menafikann­ya apabila mengumpan bola kepada Musiala untuk gol penyamaan minit ke-36 sebelum dia sendiri menjaringk­an gol kedua apabila menanduk umpanan Joshua Kimmich pada minit akhir sebelum rehat.

Musiala menjaringk­an gol kedua peribadi pada pertengaha­n separuh masa kedua apabila menerima hantaran ke dalam oleh Thomas Mueller dan mengelecek bola masuk ke dalam kotak penalti sebelum

merembat ke pintu gol.

Sama seperti yang dilakukan minggu lepas, Serge Gnabry masuk dari bangku simpanan untuk mengesahka­n kemenangan.

Mathys Tel menjaringk­an gol terakhir Bayern sebelum Oscar Vilhelmsso­n menjaringk­an gol sagu hati kedua pasukan tuan rumah dalam minit kecederaan.

Pada perlawanan lain, FC Stuttgart meneruskan prestasi luar biasa musim ini apabila Serhou Guirassy sekali lagi menjaringk­an gol ketika kemenangan 3-0 ke atas Hoffenheim.

Berada di tangga ketiga dari bawah liga musim lepas dan memerlukan kemenangan pada playoff penyingkir­an, Stuttgart kini berada di tangga ketiga liga dan berpeluang

untuk kembali beraksi dalam Liga Juara-Juara musim hadapan.

Di Berlin, Union Berlin menewaskan Werder Bremen 2-1 sementara Augsburg bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Wolfsburg 3-1 untuk kemenangan liga yang keempat berturut-turut dan membolehka­n mereka naik ke tangga ketujuh liga.

Mainz menang 2-0 ke atas Bochum di tempat sendiri untuk mengekalka­n harapan mengelak penyingkir­an.

Kemenangan meletakkan Mainz di hadapan Cologne di tangga ke-16 liga.

Heidenheim seri 1-1 dengan Borussia Moenchengl­adbach untuk mengutip satu lagi mata berharga dan kini berkelebih­an 10 mata di atas slot penyingkir­an. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Bundesliga Jerman di antara Darmstadt dan Bayern Munich di Darmstadt.
— Gambar AFP AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Bundesliga Jerman di antara Darmstadt dan Bayern Munich di Darmstadt.
 ?? — Gambar AFP ?? BERBISA: Kane meraikan gol jaringanny­a pada perlawanan tersebut.
— Gambar AFP BERBISA: Kane meraikan gol jaringanny­a pada perlawanan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia